Dia Yang Gesel, Kemudian Dia Marah Dan Panggil Saya Perempuan Bodoh


KUALA LUMPUR - Viral di media sosial rakaman video dua orang lelaki bergaduh dengan beberapa penduduk di kawasan Flat Seri Perak semalam selepas kereta yang dinaiki mereka bergesel dengan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan. 

Video berdurasi hampir tiga minit itu yang dimuat naik oleh mangsa, Erziati Erni, menunjukkan dua lelaki yang bukan penduduk di kawasan itu yang juga dipercayai mabuk, bergaduh dengan abang ipar mangsa dan beberapa penduduk di situ yang cuba menghalangnya dari bertindak agresif. 

Menurut Erziati, pemandu kereta jenis pacuan empat roda itu telah mencalarkan keretanya. Erziati yang pada awalnya berdiam diri akhirnya terpaksa mempertahankan diri apabila dua lelaki itu mula memaki hamun dan mengatakan dia perempuan bodoh.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment