CIDB Yakin Program Transformasi Industri Pembinaan Bakal Capai Sasaran Dan KPI


Sektor pembinaan negara dijangka mengalami pertumbuhan pantas iaitu 7.4 peratus pada tahun ini kerana memperoleh banyak momentum menerusi aktiviti pembinaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Sejajar itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), hari ini menzahirkan keyakinan bakal mencapai sasaran dan KPI yang ditetapkan berhubung Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang dilancarkan pada 2015.

Program itu yang bermula pada 2016 hingga 2020 dirangka bersama penggiat industri tempatan dan antarabangsa, ahli akademik dan agensi kerajaan, dilihat mampu melonjakkan industri pembinaan setanding dengan negara maju.

Melalui Program Transformasi Industri Pembinaan ini, usaha mentransformasi sektor pembinaan akan berdasarkan empat strategi iaitu meningkatkan kualiti, keselamatan dan profesionalisme, memacu produktviti, memupuk amalan lestari serta meningkatkan pengantarabangsaan.

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan yang dikeluarkan CIDB;
KENYATAAN AKHBAR
Untuk siaran segera  
PROGRAM TRANSFORMASI INDUSTRI PEMBINAAN BAKAL CAPAI SASARAN DAN KPI  
96.5% sasaran semasa CITP dicapai melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan 
Kuala Lumpur, 12 October 2017: Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016 - 2020, pelan komprehensif untuk mentransformasikan industri pembinaan menjadi moden, berproduktiviti tinggi dan mampan,  bakal mencapai sepenuhnya Prestasi Petunjuk Utama (KPI) dan berkehasilan melalui kolaborasi strategik pihak yang berkepentingan  dalam industri  termasuk Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dan para penggiat industri swasta. Pendekatan ini selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkolaborasi dan saling memanfaat kekuatan dan sumber untuk mencapai matlamat bersama. Malah, industri pembinaan telah berjaya mencapai 96.5% sasaran KPI bagi suku kedua 2017. 
 “Industri pembinaan memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan CITP adalah pelan tindakan bagi industri untuk menjadi sektor yang lebih selamat, lebih moden, produktif dan mampan. Kami amat gembira kerana industri pembinaan berada di landasan yang betul untuk mencapai KPI dan keberhasilan yang ditetapkan bagi tahun 2020. Melihatkan kemajuan CITP daripada Januari 2016 hingga Jun 2017, kami telah berjaya mencapai skor 96.5% bagi KPI secara Green atau Hijau (Way To Go),” kata Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Menteri CITP (CITP-MC). Angka perkembangan semasa dikira mengikut purata pencapaian sasaran kesemua 117 KPI sehingga Jun 2017.  Dengan sasaran keseluruhan tahun 2020 ditetapkan pada 100%, sasaran semasa bagi Jun 2017 adalah 29.93% dan daripada ini, 28.87% telah dicapai. Ini bererti 96.5% daripada KPI yang ditetapkan bagi Jun 2017 telah dipenuhi. Daripada 117 KPI tersebut, 88 KPI menepati Green atau Hijau (Way To Go) dengan pencapaian 90% atau lebih, dan 10 KPI adalah Yellow atau Kuning (Can Do Better) dengan pencapaian antara 60% hingga 90%.  Pada masa ini, tiada  KPI berada pada Red atau Merah (Hurry Up) atau kurang daripada 60% sasaran semasa.  
 “Sejak pelakasanaan CITP mulai 2016, setiap Teras Strategik telah mencapai perkembangan yang memberangsangkan setakat ini. Keempat-empat teras strategik juga memperoleh Green atau Hijau (Way To Go) sehingga Jun 2017 dengan mencatatkan skor antara 95% dan 99%,” kata Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri bin Abdul Hamid, Ketua Eksektif CIDB Malaysia. 
 “Selaras dengan tagline CITPBersama Memacu Kecemerlangan Industri Pembinaan’, kami mengakui bahawa kolaborasi yang efektif antara pihak yang berkepentingan dalam sektor awam dan swasta amat penting dalam pelaksanaan program-program CITP dan mencapai sasaran yang ditetapkan untuk 2020,” tambah beliau. Selaku agensi di bawah KKR, CIDB adalah agensi utama yang menyokong pelaksanaan CITP secara kolaborasi dengan penggiat awam dan swasta industri pembinaan. Setakat Jun 2017, antara pencapaian utama di bawah Teras Strategik CITP termasuk:
 
Teras Strategik
Pencapaian Utama
1.    Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme
  • Kualiti: 63% daripada 449 projek dinilai  berdasarkan Sistem Penilaian Kualiti Bagi Projek Pembinaan (QLASSIC) mencapai skor 70%
  • Keselamatan: 824 Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dan 1,350 Penyelia Keselamatan Tapak Bina dilatih
  • Profesionalisme: 43 Kontraktor Pengurusan Fasiliti didaftar bawah F01 dan F02
Perkembangan Semasa Teras: 96%
2.    Kemampanan Alam Sekitar
  • Alat Penarafan Infrastruktur Mampan: 2 projek perintis infrastruktur dinilai menggunakan  Civil Engineering Environmental Quality Assessment and Award Scheme (CEEQUAL) untuk menguji kesesuaian CEEQUAL di Malaysia
  • MyCREST:  30 penilai Alat Pengurangan Karbon dan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia (MyCREST) ditauliahkan, 27 dari sektor awam dan 3 dari sektor swasta
  • Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kelestarian: 3 MoUs dimeteraikan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melakukan dan mempromosikan R&D dalam amalan kelestarian.
Perkembangan Semasa Teras: 95%
3.    Produktiviti
  • Latihan: 100,348 personel pembinaan terlatih dan diiktiraf (3 kategori kemahiran, penyeliaan & pengurusan dan latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan)
  • Akreditasi: Pindaan Jadual 3 Akta 520 mengenai akreditasi pekerja mahir diwartakan
  • IBS: 46 pengeluar Sistem Binaan Berindustri (IBS) baru didaftarkan sejak 2016
  • Latihan BIM : 800 personel Building Information Modelling (BIM) dilatih melalui Pusat  MyBIM Centre & Satelit BIM
  • Portal N3C: Portal Pusat Kos Pembinaan Negara (N3C) disiapkan dengan 8,000 pengguna berdaftar dan 40 prototaip model kos dibina merangkumi 8 kategori bangunan dan infrastruktur
  • Portal NCIICl: Pengurus projek dan vendor dilantik untuk membangunkan Portal Pusat Maklumat Pembinaan Negara (NCIIC) dengan 16 ketua kandungan maklumat
  • Kontraktor Pengurusan Fasiliti (FM) Bumiputera: 321 kontraktor Bumiputera dilatih untuk pengurusan fasiliti (FM)
Perkembangan Semasa Teras: 96%
4.    Pengantarabangsaan
  • MSCESSM: Pencapaian 80% dalam peralihan Ukuran Kaedah Piawai Kejuruteraan Awam Malaysia (MyCESMM) ke Malaysian Standard (MSCESMM)
  • Pegawai Pengesah: 87/50 pegawai pengesah bahan yang berakreditasi dan dilatih berdasarkan kategori dan produk
  • Projek Luar Negara:  RM 2.7 / RM 2.0 bilion diperoleh daripada 79 projek di luar negara
  • Pembiayaian Pendidikan: 85% dipenuhi bagi Kajian Meningkatkan Akses Kepada Kewangan bagi Johan Malaysia ke Luar Negara (Study on Strengthening Access to Financing for Malaysian Champions Going Abroad)
Perkembangan Semasa Teras:  99% 
 “CIDB mahu meningkatkan kolaborasi yang lebih efektif dengan rakan kongsi strategik dari sektor awam dan swasta untuk mencapai matlamat transformasi industri pembinaan. Dengan perkongsian antara kementerian dan agensi utama kerajaan dan sektor swasta, kami yakin industri pembinaan akan menjadi sebahagian penting Agenda Transformasi Nasional,” kata Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri bin Abdul Hamid. CITP-MC diadakan untuk meninjau pencapaian sasaran-sasaran CITP dari Januari 2016 hingga Jun 2017 (Q2 2017). 
  Jawatankuasa tersebut bertanggung jawab untuk menentukan kejayaan keseluruhan CITP dan melapor kepada peringkat tertinggi struktur tadbir urus CITP yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Menteri Kerja Raya merupakan pengerusi CITP-MC. Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 dilancarkan pada 10 September 2015 oleh Perdana Menteri Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Program lima tahun itu merupakan agenda nasional Malaysia dengan objektif utama untuk mentransformasikan sektor pembinaan supaya bertaraf global, berproduktiviti tinggi dan mampan serta mengutamakan standard keselamatan dan kualiti. 
 Untuk makluman lanjut, sila layari  www.cidb.gov.my atau www.citp.my






KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment