#Bajet2018 : Tol Bukit Kayu Hitam Dipindah Dan Bukan Dimansuh?


Susulan dari pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak berhubung pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2018 pada Bajet2018 yang lalu, sejak semalam telah tular beberapa keping gambar kain rentang melalui media sosial dan sistem pesanan Whatsapp.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan pada kain rentang, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dikatakan bakal beroperasi di lokasi baharu pada jam 6 pagi pada 1 November ini.


Ada dikalangan netizen dilihat menghamburkan cacian terhadap Perdana Menteri berhubung  pengumuman pemansuhan kutipan tol di lokasi tersebut dan menggambarkan ianya adalah satu penipuan.

Seabagai maklumbalas terhadap tuduhan tidak berasas itu, hari ini pihak Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah tampil mengeluarkan kenyataan berhubung isu yang dibangkitkan itu.




PLUS Malaysia Bhd mengesahkan yang bayaran tol hanya dikutip di plaza tol baru Bukit Kayu Hitam sehingga 31 Disember 2017.

Syarikat konsesi lebuh raya terbesar negara itu menjelaskan kekeliruan mengenai plaza tol baru di Bukit Kayu Hitam yang diperkenalkan dengan operasi plaza tol akan dipindahkan ke lokasi baru bermula jam 6 pagi esok.

“PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa operasi Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di KM0.65 di Lebuhraya Utara-Selatan akan berpindah ke lokasi baharu di KM1.0 mulai jam 6:00 pagi, 1 November 2017.

“Namun demikian, selepas beroperasi di lokasi baharu pada tarikh tersebut, kutipan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2017 sahaja.

“Ini berikutan pengumuman pemansuhan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam seperti diumumkan Perdana Menteri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018,” kata PLUS dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pemindahan plaza tol itu adalah sebahagian daripada projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam. Pembukaan plaza tol baru itu bersempena dengan pembukaan kompleks itu.

PLUS juga mengatakan bermula esok, plaza tol itu akan beroperasi daripada jam 6 pagi sehingga 2 pagi setiap hari. Sebelum ini, operasi tol itu dihentikan pada tengah malam.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment