Zurin Jundi Buka Ruang Rundingan Dengan 91 Pasangan Pengantin


Perancang perkahwinan Zurin Jundi sedia berunding dengan 91 individu yang terlibat membuat laporan polis terhadap mereka.

Peguam dan juga wakil kepada pemilik Zurin Jundi, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar berkata, pihaknya sedia membincangkan langkah penyelesaian termasuk memulangkan deposit bagi memastikan semua pihak berpuas hati.

"Kami amat memohon maaf atas kecuaian yang berlaku dan akan membuat pembayaran secara berkala kepada beberapa pelanggan yang mendapat perkhidmatan kurang memuaskan terutama katering (makanan).

"Bagi 91 pelanggan terutama bakal pengantin, mereka boleh terus menghubungi anak guam saya yang juga pemilik syarikat selepas 24 jam sidang media ini untuk berbincang secara menyeluruh mengenai isu tuntutan semula wang deposit," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, pihak Zurin Jundi yang dimiliki Zurina juga akan mengembalikan wang kepada mereka yang terlibat dengan masalah yang tidak dapat dielakkan pada hari bahagia mereka.

"Kami akan mengembalikan wang secara berperingkat. Buat masa sekarang kami masih dalam proses mengenal pasti pihak yang terlibat dalam proses ini.

"Kami akui memang berlaku beberapa perkara yang tidak disengajakan, dan kami minta maaf atas kesilapan-kesilapan kami," katanya.

Mengulas lanjut, sebenarnya terdapat beberapa pihak atau entiti yang didapati menyeleweng wang yang diberikan oleh pasangan pengantin kepada syarikat.

"Kami sedang mengenal pasti tentang perkara itu, apa yang kami pasti, ada lima atau enam individu atau entiti yang terlibat.

"Kami akan kemukakan saman sivil ke atas mereka dalam masa terdekat kerana tindakan mereka ini telah menjejaskan perniagaan kami," katanya lagi.


Berikut adalah video yang tular berhubung isu melibatkan Zurin Jundi Wedding Planner.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment