Yuna Bakal Meriahkan Pembukaan Sukan Para ASEAN #KL2017


Sukan Para ASEAN 2017, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Para ASEAN ke-9, merupakan sebuah temasya sukan orang kurang upaya Asia Tenggara yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, 17 hari selepas Sukan Asia Tenggara 2017 dari 17 ke 23 September 2017 yang menampilkan 16 sukan.

Kali ini merupakan kali ketiga Malaysia menganjurkan Sukan Para ASEAN, dan kali pertamanya sejak tahun 2009. Sebelum ini, Malaysia juga menganjurkan temasya sukan pertama pada tahun 2001.

Debaran Sukan Para Asean 2017 kini semakin dirasai kontinjen Paralimpik negara dengan tarikh 9 Jun 2017 lalu menyaksikan temasya hanya berbaki 100 hari menjelang pembukaan rasmi pada 17 September 2017.

Ketika ini persediaan atlet para negara sudah masuk fasa terakhir iaitu fasa ketiga dengan 342 atlet disenaraikan dalam 16 jenis sukan.

Selain taruhan emas disandarkan kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Brazil menerusi Abdul Latif Romly, Mohd Ziyad Zolkefli dan Mohamad Ridzuan Puzi, beberapa atlet-atlet paralimpik turut menyimpan azam yang tinggi untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Para Asean Singapura 2015.

Majlis pembukaan Sukan Para Asean ke-9 yang dijadualkan pada 17 September 2017 nanti dijangka akan turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi yang kini sedang menempa nama di negara Uncle Sam, Yuna.


Berikut adalah jadual penuh lokasi mengikut acara bagi Sukan Para ASEAN KL2017 untuk dijadikan rujukan penyokong pasukan negara.




KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment