[VIDEO] Seri 1-1, Pengadil Kontroversi Layang 2 Kad Merah Kepada Pemain Malaysia


Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong dalam perlawanan Kumpulan B pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, Melaka sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berat sebelah itu dicemari dengan insiden layangan kad merah ke atas dua pemain Malaysia Mohd. Rizal Ghazali pada minit ke-89 dan Mohammad Aidil Zafuan pada masa kecederaan telah merencatkan permainan.

Bagaimananapun, penjaga gol negara, Muhammad Hafizul Hakim muncul penyelamat apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Alessandro Leonardo bagi membolehkan tuan rumah berkongsi satu mata bersama Hong Kong.

Pasukan Hong Kong menjaringkan gol pendahuluan menerusi Leonardo yang mudah menolak masuk umpanan Jaimess Mckee minit ke-53.

Tidak berputus, Malaysia berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-56 setelah rembatan Mohd. Syazwan dari sebelah kiri menerjah gawang gol dalam keadaan mengelirukan.

Malaysia kini mengumpul satu mata manakala

Hong Kong meraih dua mata daripada tiga pertemuan menentang Lebanon dan Korea Utara dalam dua aksi kelayakan sebelum ini selain perlawanan malam ini.





KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment