[VIDEO] Individu Pandu BMW Sebabkan Kemalangan Kenari Dicari Polis


POLIS sedang mengesan pemandu BMW bagi membantu siasatan berhubung tindakannya memandu kereta dalam keadaan berbahaya di Jalan Ulu Pengeli-Bandar Tenggara, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, pihaknya turut meminta pemandu terbabit tampil bagi membantu siasatan berhubung insiden kemalangan itu.

"Pihak polis dalam usaha mengesan pemandu kereta BMW yang terbabit dalam kemalangan jalan raya itu.

"Ini termasuk meneliti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut meminta pemandu terbabit tampil ke Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 di atas kesalahan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang boleh menyebabkan bahaya.

Muhamad berkata, berdasarkan siasatan kemalangan berkenaan berlaku di Kilometer 55, Jalan Kota Tinggi-Kluang, kira-kira 4 petang kelmarin.

Semalam, satu status peribadi dikongsi pengguna Facebook (FB), Nojahwati Sohaini, 34, mengenai perasaan kecewa terhadap pemandu kereta BMW hingga mengakibatkan kemalangan Perodua Kenari dipandu adik lelakinya, kelmarin.

Status beserta video berdurasi pendek satu minit dan empat saat insiden kemalangan berkenaan dikongsi Nojahwati memperlihatkan kemalangan hampir meragut nyawa adik lelaki serta rakan adiknya itu di Jalan Ulu Penggeli-Bandar Tenggara.

Kejadian itu hampir meragut nyawa dua sahabat ketika mengelak BMW yang cuba memotong lori di hadapannya.

Sementara itu, Nojahwati ketika dihubungi memaklumkan adik lelakinya, Mohd Firdaus Sohaini, 22, dipanggil ke balai polis untuk menyerahkan rakaman video itu bagi membantu siasatan.


KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment