[VIDEO] Ambulan Terlibat Kemalangan, Hentam Kereta, Motorsikal di Bukit Mertajam


Sebuah ambulan swasta terbabit dalam kemalangan dengan 2 kereta dan beberapa motorsikal di simpang lampu isyarat di Bukit Mertajam pagi tadi.

Kejadian 8.00 pagi itu di simpang empat Jalan Song Ban Kheng-Jalan Chiang Heng Kai dirakam kamera hadapan sebuah kereta.

Rakaman menunjukkan sebuah ambulan Nissan Urvan, dengan lampu menyala dan siren berbunyi, menghentam sebuah Perodua Kancil dan sebuah Honda City semasa melintasi jalan.

Kedua-dua kereta terbabit melintasi jalan apabila lampu bertukar hijau.


Daya akibat melanggar kedua-dua kereta itu menyebabkan ambulan terbabas ke laluan lain di mana sekumpulan 10 penunggang motorsikal sedang menunggu lampu isyarat.

Ambulan itu kemudan dirakam melanggar 3 motorsikal dan penunggangnya terpelanting apabila dilanggar.

Polis berkata pemandu ambulan berusia 40 tahun itu tidak tercedera dan bergegas ke satu kecemasan dari Simpang Ampat. Ambulan itu tidak membawa pesakit.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata seorang penunggang motorsikal berusia 43 tahun dan 2 lagi menerima rawatan pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam.

Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.



-FMT
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment