SPRM Ambil Tindakan Terhadap Lim Guan Eng


Pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulat suara bersetuju untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ia susulan keengganan beliau memohon maaf atas kenyataan fitnahnya mengenai penahanan exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh.


Guan Eng minggu lalu menyifatkan tindakan SPRM menahan Boon Poh sebagai penahanan haram.

Sehubungan itu, SPRM akan mengemukakan keputusan itu kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.

SPRM dalam satu kenyataan berkata ia tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana siasatan dan akan menyiasat setiap kes tanpa mengambil kira jawatan, ideologi politik dan kedudukan individu yang disiasat itu.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment