Sidang Media Khas PM Petang Ini Berkaitan Mahathir?


Satu sidang media khas oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden UMNO akan diadakan pada 17 September 2017 (hari ini) jam 4:45 petang, bertempat di Tingkat 39, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sidang media yang dijangka bakal dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dilihat agak penting. Susulan itu, lawatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Perlis hari ini disingkatkan.

Berdasarkan pemerhatian melalui laman sosial facebook, dilihat ada aktivis media sosial pro kerajaan seakan-akan memberikan bayangan bahawa apa yang bakal diumumkan ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.





Mungkinkah akan ada sesuatu pengumuman mengejutkan berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamad? Kita nantikan petang ini...

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment