Lima hari selepas Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mendakwa logo korporat milik mereka digunapakai tanpa kebenaran oleh syarikat DBI Technology Sdn Bhd yang dikaitkan pelakon Boy Iman, hari ini Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad pula tampil mengeluarkan kenyataan sama.
Melalui halaman rasminya, SIRIM Berhad menyatakan, agensi penyelidikan tersebut TIDAK PERNAH mengadakan sebarang kerjasama, usahasama, menjalankan kajian, ujian produk dan atau apa jua perkhidmatan atau memberikan pensijilan atau kebenaran kepada syarikat DBI Technology Sdn Bhd untuk menggunakan logo korporat SIRIM dalam sebarang bentuk promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan miliknya.
Susulan itu, SIRIM Berhad menyatakan, pihaknya TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala akibat dan atau kesan yang dilakukan oleh syarikat DBI Technology Sdn Bhd.
Susulan itu, SIRIM Berhad menyatakan, pihaknya TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala akibat dan atau kesan yang dilakukan oleh syarikat DBI Technology Sdn Bhd.
0 Komentar :
Post a Comment