Ratusan Ribu Hasil Derma Kepada Invoke Dibayar Ke Dalam Akaun Syarikat Rafizi?


"Saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal".

Kata-kata sindiran itu dilahirkan Presiden Salute Malaysia, Datuk Rizal Mansor kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kerana memiliki 'kebolehan' berimaginasi dan membohong rakyat.

"Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama Perdana Menteri dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York.

"Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Begitu juga yang dilakukan Rafizi terhadap NGO beliau, Invoke yang mengutip dana jutaan ringgit walaupun baru setahun kewujudannya.

Dalam jawapan yang diberikan Rafizi, kakitangan Invoke menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd. Syarikat itu telah menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan Invoke dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain.

Sehubungan itu, Rizal tampil dengan soalan tambahan adakah ontrak perjawatan kakitangan dimuktamad begitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri?

"Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM147,974.30 hingga RM350,608.64 , dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu.

"Mengikut senarai itu juga, Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28 Ogos. Pembayaran pertama RM160,349.95 dan pembayaran kedua RM156,132.10 .

"Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai," katanya.

KEIP Resources Sdn Bhd menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama Mohd Rafizi Bin Ramli yang memegang sebanyak 10,050 saham.

"Individu yang bernama Mohd Rafizi Bin Ramli yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam Invoke Solution Sdn Bhd iaitu sebanyak 250,000 saham," ujar Rizal.

Ekoran daripada perkara tersebut, Rizal menyimpulkan, Rafizi telah 'membekal' tenaga kerja kepada Rafizi sendiri.

"Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai.

"Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya," katanya.

Maklumat tambahan, alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Namun,slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke.

Semakan juga mendapati KEIP tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.-27/9/2017

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment