PULAU PINANG : Gangguan Bekalan Air Di 76 Kawasan Pada Sabtu, Ahad


Sebanyak 76 kawasan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Butterworth akan mengalami gangguan bekalan air berjadual semalaman selama 12 jam bermula 10 malam Sabtu ini hingga 10 pagi Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata gangguan itu berikutan pemasangan injap pengurang tekanan pada saluran paip keluli lembut di Jalan Pekan Dara, SPU bagi mengurangkan kejadian paip pecah, kebocoran bawah tanah serta kehilangan air tanpa hasil.

“Bagi tempoh itu sebanyak 25 kawasan akan tiada bekalan air iaitu membabitkan tujuh kawasan di SPU iaitu di Jalan Gelung Bubu, Kampung Gelang Bubu, Kampung Tok Bidan, Kampung Paya Permatang Tok Gelam, Jalan Permatang Tok Gelam, Permatang Benuan dan Kampung Haji Murshid.

“Di kawasan Butterworth pula membabitkan 18 kawasan iaitu di Taman Perkasa, Taman Sri Pinang, Kampong Paya Terbakar, Taman Maklom, Taman Selayang Utama, Alor Merah, Taman Selayang Permai, Sungai Lokan.

“Taman Selayang Oren, Permatang Che Tak, Tanah Lot Kampung Benggali, Kampung Teluk Sungai Dua, Taman Ketapang Sungai Puyu, Jalan Permatang Tok Jaya, Taman Selayang, Stesen Tol Sungai Dua, Taman Selayang Indah dan Taman Mahsuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya sebanyak 40 kawasan di SPU akan mengalami tekanan air rendah sepanjang tempoh itu dan antara lokasi yang terlibat ialah Pasir Gebu, Kampung Lahar Kepar, Permatang Gawa, Kampung Padang, Jalan Kuala Muda, Jalan Permatang Kuang, Taman Kuala Muda, Kuala Bekah, Bakau Tua, Taman Kuala Bekah, Pulau Mertajam, Penaga, Permatang Keriang, Taman Penaga Permai, Permatang Kabu, Lahar Ikan Mati, Permatang Tok Berin, Jalan Lahar Kepar serta Kota Aur.

Kawasan lain ialah Taman Penaga, Permatang Bendahari, Rumah Murah Penaga, Jalan Rantau Panjang, Jalan Bakar Kapor, Kampung Sungai Kedak, Kampung Padang Tembusu, Kampung 20 Permatang Rawa Tepi Laut,Jalan Bawah Penaga, Kampung Gurun dan Kampung Lembah Penaga.

Seterusnya, Kampung Tok Loba, Kampung Permatang Janggus Penaga, Permatang Pak Elong, Jalan Lahar Minyak, Permatang Sintok, Kampung Lahar Minyak, Jalan Butterworth, Jalan Guar Kepah, Permatang Pak Maras, Pengkalan Bongor dan Jalan Permatang Rambai, katanya.

Jaseni berkata 11 kawasan di Butterworth yang turut mengalami tekanan air rendah ialah di Jalan Sheikh Madar, Jalan Padang Benggali, Telok Air Tawar, Taman Air Tawar Indah, Taman Sejahtera, Taman KGN Telok Air Tawar, Jalan Tengku Putra, Jalan Telok Air Tawar, Jalan Bagan Belat dan Titi Mukim Telok Air Tawar.

Katanya sepanjang kerja-kerja air tersebut, 46,000 orang akan terjejas kerana tiada bekalan air manakala 52,000 pengguna mengalami tekanan air rendah.

“Pengguna air di kawasan terlibat diingatkan agar menyimpan air mencukupi untuk kegunaan dari 10 malam hari Sabtu hingga 10 pagi keesokannya,” katanya.

“Gangguan bekalan air berjadual itu perlu dilakukan untuk membolehkan kerja-kerja air penting untuk faedah pengguna bekalan air di SPU dan SPT. PBAPP memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya. – BERNAMA
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment