Mat Said Tolak Tawaran Mahathir


Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pernah beberapa kali memberi ‘tawaran’ kepadanya tetapi beliau menolak kerana terlalu sayangkan Umno.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dan Ketua Umno Bahagian Kemanan itu berkata demikian ketika meluahkan kesetiaan terhadap Umno meskipun menurutnya beliau dihujani pelbagai dugaan selepas meletak jawatan sebagai menteri besar pada 2014.

Beliau dalam nada berseloroh menggelar dirinya ‘bekeng’ (garang) dan tidak mahu lagi mengungkit peristiwa lama, namun dirinya umpama ular, boleh mengeluarkan bisa apabila terancam.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada perasmian Persidangan Umno Bahagian Kemaman di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut.

“Sejarah telah mengajar mereka… saya harap kita pastikan mulai saat ini segala tohmahan dan hinaan diabaikan… kita pentingkan kekuatan kita, perbetulkan kesilapan kita, apa pun yang berlaku kita tetap ahli Umno,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan yang hadir. — Bernama

-MMO
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment