Lupa Lagi? Laporan Malaysiakini, KeadilanDaily Tidak Sebelahi Mahathir


Pendedahan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pengakuan oleh Datuk Megat Fairouz Junaidi, anak kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob berhubung pembayaran jutaan ringgit kepada pelobi untuk berjumpa Presiden George W. Bush nyata amat meresahkan Tun Mahathir apabila tampil membuat penafian seperti yang dilaporkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT).

FMT melaporkan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan beliau pernah membayar sejumlah wang kepada pelobi Amerika Syarikat bagi tujuan mendapatkan slot perjumpaan dengan presiden negara itu, seperti didakwa Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan beliau pernah membayar sejumlah wang kepada pelobi Amerika Syarikat bagi tujuan mendapatkan slot perjumpaan dengan presiden negara itu, seperti didakwa Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. 
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata kunjungan ke White House tidak pernah menjadi agenda utamanya, menyebabkan beliau hanya melawat AS pada 1984, 3 tahun selepas menjadi perdana menteri. 
“Itu pun hanya secara sambilan semasa saya berada di Amerika Utara,” kata Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri dari 1981 hingga 2003. 
“Saya utamakan lawatan ke negara-negara jiran anggota Asean, kemudian negara-negara kecil di lautan Pasifik, kemudian ke negara-negara Islam OIC dan akhirnya ke negara-negara Komanwel. 
“Jadual saya tidak termasuk United States of America,” katanya dalam muat naik terkini di blognya. 
Minggu lepas, Najib sekembalinya dari AS dalam lawatan kerja yang turut melibatkan pertemuan dengan Presiden Donald Trump, berkata Dr Mahathir pernah menggunakan timbalan menteri dalam negerinya Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk membuat bayaran “berjuta-juta” untuk berjumpa presiden AS George Bush pada 2002. 
“Tetapi Mahathir tidak mendapat sambutan macam saya dengan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J Trump,” katanya ketika berucap kepada penyokong yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Sept. 
Pertemuan Najib dengan Trump antara lain menyaksikan janji kerajaan Malaysia membeli pesawat Boeing daripada negara itu dengan nilai mencecah AS$20 bilion (RM80 bilion) dalam 5 tahun akan datang. 
Lawatan Najib bagaimanapun diselubungi isu siasatan jenayah pihak berkuasa AS ke atas 1MDB, dan mengundang pelbagai kritikan daripada media AS yang turut mempersoalkan langkah rombongan Najib menginap di sebuah hotel milik Trump. 
Dr Mahathir menafikan pernah membuat bayaran kepada pelobi Washington untuk bertemu Bush, seperti didakwa anak kepada arwah Megat Junid, Megat Fairouz. 
“Saya tidak tahu benar atau tidak kenyataan ini… Yang saya tahu tidak ada arahan dari saya untuk lobi. 
“Tak apalah Fairouz, anak sahabat saya nak cari makan,” kata Dr Mahathir.
Untuk artikel penuh, klik http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/09/21/dr-mahathir-ceritakan-layanan-hormat-white-house-ketika-lawat-as/

Penafian mantan Perdana Menteri itu terbukti tidak mampu untuk menutup cerita, hari ini sebuah blog tampil membuktikan bahawa sejarah tidak mungkin akan dapat diubah, tambahan pula di zaman segala maklumat mampu dicapai dan diperolehi dengan hanya berada di hadapan komputer dan talian internet.

Blog Mesej JJ telah memaparkan tiga "screenshot" dari tiga saluran portal online berbeza iaitu Malaysiakini, KeadilanDaily dan  juga HarakahDaily.

Baca tulisan blog tersebut;


Lawatan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri ke Amerika Syarikat jemputan Donald Trump Presiden Amerika itu benar-benar menekan fikiran dan stress Tun Dr Mahathir. Tun Dr Mahathir terpaksa menulis dalam entri blognya mengenai lawatan PM Najib itu dan lawatannya ketika bertemu Presiden Amerika Ronald Reagan dan Bush.

Seperti biasa Tun Mahathir menafi tentang bayaran pelobi pertemuannya dengan Presiden Amerika. Jawapan standardnya sebagaimana RCI ialah "Saya tidak tahu benar atau tidak kenyataan ini. Mungkin pegawai Wisma yang mengurus perkara lawatan saya yang tahu. Yang saya tahu tidak ada arahan dari saya untuk lobi"

Tidak penatkah Tun Mahathir untuk membuat penafian bertahun-tahun sedangkan media pembangkang seperti Malaysiakini, Keadilandaily dan Harakahdaily mengesahkan Kedutaan Malaysia membayar RM4.4juta kepada pelobi, Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden George W. Bush pada tahun 2002. Rujuk Malaysiakini 2006

[Klik https://m.malaysiakini.com/news/53013]

Siapa yang boleh mengarahkan kedutaan kalau bukan Perdana Menteri atau Menteri Luar?

Malah Malaysiakini amat yakin dengan laporannya berdasarkan Pengesahan bayaran tersebut dinyatakan dalam laporan akhirJawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika yang dikeluarkan pada tahun 2006.

Mereka melaporkan bayaran kepada Abramoff dibuat menerusi sebuah institusi yang dipanggil 'American International Centre' (AIC) yang bertanggungjawab khidmat mengatur pertemuan Dr. Mahathir dengan Bush pada tahun 2002.

Malah Malaysiakini pada tahun 2006 turut mendedahkan aliran pembayaran wang lobi itu.

Pastinya Malaysiakini mempunyai rekod laporan kewangan yang ada dalam simpanan Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika itu yang membuktikan kedutaan Malaysia membuat empat bayaran AS$300,000 setiap satu pada;

29 Jun 2001
5 Oktober 2001
3 Januari 2002
13 Mac 2002

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan jawatankuasa berkenaan telah menjumpai satu invois dari AIC bernilai AS$300,000 bertarikh 15 Jun 2001 yang dialamatkan kepada Dr Fauziah Mohamad Taib, yang merupakan timbalan ketua perwakilan Kedutaan Malaysia di Washington ketika itu.

Begitu juga portal Keadilan bertarikh 31 Januari 2012 yang melaporkan "Mahathir pernah bayar pelobi Zionis AS$1.2 juta" [ http://keadilandaily.com/mobile/?post=26038 ]

Keadilan melaporkan Tun Dr Mahathir mengakui pernah membayar seorang pelobi Zionis, Jack Abramoff membantu bekas Presiden Umno itu menemui bekas Presiden Amerika, Bush. [-Nik Nazmi Nik Ahmad dulu Pengarah Komunikasi KEADILAN kini Ketua AMK Keadilan Malaysia / Exco Selangor]
Harakahdaily pula pada tahun 2006 memetik tulisan John Mallot bekas Duta Amerika mendedahkan pembayaran Abramoff. Sepertimana Malaysiakini turut memetik laporan Jawatankuasa Senat Amerika yang mempunyai bukti, Kedutaan Malaysia di Washington membayar wang kepada pelobi Jack Abramoff bersekali salinan invois dari American International Centre (AIM) kepada Kedutaan Malaysia di Washington DC. 
[http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2006/3/1433/bekas-duta-amerika-dedahkan-kedutaan-malaysia-bayar-abramoff.html]

Itu dulu John Mallot menyerang Tun Mahathir termasuk ketika kritikan AlGore kepada Tun Mahathir. Hari ini sudah berubah beliau terpaksa menjilat Tun Mahathir kembali.

Apakah Tun Mahathir lupa apa yang ditulis dan dilapor media antarabangsa pada tahun 2006? Semuanya berkisar mengenai bayaran pelobi kepada Jack Abramoff itu. Bagaimana kedutaan Malaysia yang diarahkan seorang PM boleh membayar pelobi Jack Abramoff yang kurup! Bukankah itu fakta Malaysiakini, John Mallot dan juga KeadilanDaily yang mengutuk Mahathir tahun 2006?
Cuba baca di sini; 
http://usatoday30.usatoday.com/news/washington/2006-02-21-abramoff-malaysia_x.htm

http://www.nbcnews.com/id/10693309/ns/politics/t/malaysia-ex-pm-abramoff-was-paid-m/

https://www.cbsnews.com/news/abramoff-paid-to-arrange-bush-meeting-21-02-2006/

https://worldview.stratfor.com/article/us-12-million-allegation-and-bush-presidency

http://www.theage.com.au/news/world/did-mahathir-pay-16m-to-meet-bush/2006/02/15/1139890806086.html

http://www.foxnews.com/story/2006/02/21/fmr-malaysian-pm-abramoff-was-paid-to-arrange-bush-meeting.html

https://mobile.nytimes.com/2006/02/21/world/americas/briefly-journalists-family-pleads-for-her-release.html?referer=https://www.google.com/
http://www.smh.com.au/news/world/malaysia-paid-corrupt-lobbyist-to-set-up-mahathirs-meeting-with-bush/2006/02/15/1139890806496.html

http://www.ufppc.org/us-a-world-news-mainmenu-35/4119-news-abramoff-was-paid-12m-to-arrange-bush-meeting-for-malaysian-pm.html

Namun hari ini Malaysiakini pun lupa apa yang dia laporkan dahulu mengenai Tun Dr Mahathir serta lobi bayaran pelobi Amerika Jack Abramoff itu.Tun M pun barangkali terlupa Malaysiakini pernah melaporkannya.
- Mesej JJ 
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment