Lagenda Golf, Tiger Woods Ditemui Mati?



Berita gempar: Bekas pemain golf no. 1 dunia, Tiger Woods, ditemui mati.

Demikian yang dipaparkan laman web Houston News (lihat pautan http://houstonchronicle-tv.com/breaking-former-world-number-one-golfer-tiger-woods-dies).

Menurut laporan itu, Woods ditemui mati di apartmentnya di Jupiter Island, Florida.

Kata laporan itu lagi, satu penemuan awal mendapati jaguh golf itu mati disebabkan pengambilan campuran alkohol dan ubat penahan sakit yang kuat, oxycodone.

Kononnya pengurus dan juga ejen Woods, (Mark) Steinberg, mengesahkan kematian pemain golf itu dalam satu entri Facebook: “Kita telah kehilangan seorang yang disayangi, yang meninggalkan kekosongan yang tidak mungkin berganti.

Tiger Woods telah meninggalkan kita tapi kenangan membabitkannya akan kekal segar dalam ingatan kita semua.”

Laporan media tempatan menyebut Woods ditemui mati di kediamannya pada jam 5.10 pagi waktu tempatan (Sabtu, 16 September lalu).

Jurucakap pihak berkuasa perubatan Martin County, Carol Allis , yang menjalankan bedah siasat, berkata keputusan ujian hanya akan dikeluarkan selepas dua minggu.

Pakar-pakar pula dipetik sebagai berkata campuran alkohol dan ubat-ubatan boleh memungkinkan tindak balas berbahaya. Meminum alkohol sambil mengambil ubat penahan sakit yang kuat seperti oxycodone boleh menyebabkan sesak nafas dan meningkatkan risiko terlebih dos.



Namun, apa yang melegakan peminat-peminatnya, berita kematian mengejut Woods itu ternyata palsu.

Laman web Mediamass (lihat pautan http://en.mediamass.net/people/tiger-woods/deathhoax.html), mendedahkan Woods tidak mati seperti dilaporkan, sebaliknya dibunuh laporan kematian palsu internet.

“Laporan baru-baru ini telah disahkan sebagai palsu dan yang terbaru dalam rentetan laporan palsu kematian selebriti. Syukurlah pemain golf paling berjaya sepanjang zaman, ternyata masih sihat dan bernafas,” kata laporan itu.

Berita kamatian Woods sebelumnya tersebar luas selepas satu laman Facebook ‘R.I.P. Tiger Woods’ mendapat sejuta ‘likes’ dalam masa hanya beberapa jam.

Beratus-ratus peminat serta-merta menulis ucapan takziah menerusi laman Facebook berkenaan, dengan meluahkan kesedihan terhadap pemergian pemain golf berusia 41 tahun itu di samping kebanjiran pesanan menerusi laman Twitter.

Sambil sebilangan mempercayai berita palsu itu, sebahagian yang lain pula bersikap ragu-ragu, dengan menyedari banyaknya berita palsu seumpamanya berkaitan ‘kematian’ selebriti pada masa lalu, antaranya Bill Cosby, Britney Spears, Sean Connery, Eddie Murphy, Morgan Freeman, Sylvester Stallone, Jackie Chan, John Cena, Carlos Santana, Paul McCartney… senarainya berterusan.

Pelayar internet yang semakin pintar, tidak akan mudah mempercayai sesuatu ‘kematian’ melainkan ia turut dilaporkan media arus perdana yang memiliki lebih kredibiliti.

Pada mereka, tidak mungkin kematian atlet sehebat Woods hanya dilaporkan laman web picisan sedangkan ia harus menjadi tajuk besar akhbar-akhbar berpengaruh dan saluran utama televisyen.

Di Malaysia juga, kenakalan seperti itu tidak terkecuali.

Pada penghujung September tahun lalu, heboh juga diperkatakan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika itu, Safee Sali, meninggal dunia akibat serangan jantung sehingga pemain itu sendiri tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengancam untuk menyaman mereka yang bertanggungjawab memulakan khabar palsu itu.

Malah, lebih awal tahun lalu, kapten Kelantan, Badhri Radzi, diuar-uarkan meninggal dunia selepas dikatakan terbabit dalam satu perlanggaran kereta pada 2 Januari 2016, yang berpunca daripada satu entri Facebook seorang peminat The Red Warriors.

Mudahnya maklumat hari ini tidak bermakna benarnya maklumat…

Bersambung: Tiger Woods bangkit daripada kematian

-SA
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment