Kerugian Urusniaga Matawang : Mahathir Salahkan Anwar Ibrahim?


Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1988 hingga 1994 bermula tepat jam 9 pagi tadi dengan kenyataan yang diberikan oleh saksi ke-22, Datuk Othman Jusoh.

Beliau yang merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada ketika itu berkata beliau tidak terlibat dalam memantau operasi BNM.

Sebaliknya, Othman memberitahu beliau hanya menyediakan penyata kewangan tahunan atau akta melibatkan BNM.

Namun, apa yang menjadi fokus hari ini adalah kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yan memberi keterangan masing-masing.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika memberi keterangan menyatakan, langsung tidak dimaklumkan tentang kerugian lebih RM30 bilion yang dialami Bank Negara susulan urusniaga matawang asing sekitar 1990-an.

 
PUTRAJAYA 18 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan beliau tidak dimaklumkan tentang kerugian lebih RM30 bilion dialami Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urus niaga mata wang asing pada awal 1990-an. 
Beliau mendakwa, jumlah itu tidak dilaporkan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert dalam satu perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri pada lewat 1993. 
“Apa yang saya ingat adalah, angka dalam lingkungan RM5 bilion yang disebut,”katanya. 
Dr. Mahathir berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-24 dalam prosiding pendengaran di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini.
-Utusan 

Di satu sudut, Mahathir dilihat turut mengaitkan keterangannya dengan nama Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melaporkan jumlah sebenar kepadanya.

Dengan mengaitkan nama mantan Menteri Kewangan itu di dalam keterangannya, mungkinkah Mahathir merancang untuk meletakkan kerugian dan kesalahan itu di atas bahu Anwar Ibrahim?
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment