Jagdeep Minta Kerjasama Kerajaan Persekutuan Atasi Banjir Pulau Pinang


Banjir besar yang melanda Pulau Pinang pada Jumaat nyata memberikan tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Kemarahan rakyat berikutan bencana banjir besar yang menimpa negeri itu banyak diluahkan di garismasa media sosial, terutamanya Facebook.

Hari ini, mungkin dengan harapan mahu meredakan kemarahan rakyat, Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo dari DAP tampil memberikan kenyataan dengan menuding jari kearah Kerajaan Pusat apabila mengaitkan kelewatan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang.

The Malay Mail Online yang memetik laporan dari Bernama melaporkan;

GEORGE TOWN, 18 Sept — Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berharap kerajaan persekutuan dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini. 
Beliau berkata perkara itu perlu dilakukan kerana banjir memberi kesan kepada rakyat dan ia perlu ditangani segera tanpa mengira fahaman politik. 
“Kita perlu bekerjasama untuk manfaat rakyat, tidak mahu tuding menuding jari antara satu sama lain. Rakyat yang kena banjir bukan dari Pakatan sahaja. 
“Oleh itu kita perlu laksanakan segera projek Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 
Jagdeep yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri berkata pihaknya memohon agar kerajaan persekutuan mempercepatkan projek tebatan berkenaan. 
“Sungai pinang adalah satu sungai yang besar di negeri ini yang merentasi terutamanya kawasan bandar DUN (Dewan Undangan Negeri) saya dan Sungai Pinang sudah dikenal pasti sejak tahun 1990-an oleh kerajaan persekutuan yang perlu dilaksanakan Rancangan Tebatan Banjir. 
Dikatakan banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya ini Jumaat lepas adalah disebabkan Taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa.
Sebanyak 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang ditenggelami air dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh. — Bernama
MMO 

Berdasarkan laporan di atas, Jagdeep memperlihatkan dirinya sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat apabila menyatakan bahawa isu banjir ini perlu ditangani tanpa mengira fahaman politik.

Jika begitu, pihak manakah yang sebenarnya bermain politik dalam isu banjir ini?

Sebenarnya, wakil rakyat dari kalangan Pakatan Harapan yang banyak mempolitikkan isu tanpa mengira tempat dan waktu.

Lihat sahaja pada tarikh 22 Oktober 2013, Ng Wei Aik cuba medapatkan perbatuan politik apabila menyatakan mereka berjaya menyelesaikan permasalahan banjir 40 tahun hanya selepas 9 bulan.


Sekarang, dimana Ng Wei Aik? Diharap beliau dapat memberikan penjelasan, adakah kenyataan yang pernah dikeluarkannya itu adalah suatu kebenaran atau hanya penipuan semata.

Berbalik semula kepada "rayuan" Jagdeep terhadap Kerajaan Persekutuan yang mahu Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang, mungkinkah ia sekadar dilakukan sebagai gimik untuk mengalihkan kemarahan rakyat?


RTB Tidak Boleh Dimulakan Jika Tidak Melibatkan Kerajaan Persekutuan?

Sekiranya Kerajaan Negeri benar berjiwa rakyat, kenapa harus menunggu Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang? Bukankah Kerajaan Pusat sudahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini?

Sinar Harian (08 November 2016) melaporkan;

GEORGETOWN - Sebanyak RM150 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini. 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, peruntukan itu diluluskan bagi kerja naiktaraf Sungai Pinang. 
Menurutnya, kerja bagi mendalamkan serta melebarkan sungai berkenaan akan mengambil masa diantara tiga hingga ke empat tahun. 
“Kami jangkakan ianya akan siap pada tahun 2020, dan untuk makluman peruntukan ini tidak terhenti di sini sahaja, kita akan pantau kos ini dari masa ke semasa. 
“Sememangnya kos keseluruhan yang diminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang ialah sebanyak RM350 juta bagi menyiapkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) ini, sekiranya kewangan kerajaan mengizinkan, kita akan tambah lagi,” katanya melalui sidang media. 
Jelas beliau lagi, melalui peruntukan itu sebanyak RM25 juta digunakan untuk kerja mendalamkan serta mecantikkan sungai sementara bakinya sebanyak RM125 juta untuk rancangan tebatan banjir. 
“Ia melibatkan Sungai Pinang sepanjang 2.3 kilometer (km) serta 10 anak sungai berdekatannya. 
“Sejak 2007 hingga sekarang, dalam tempoh masa 10 tahun, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion untuk kerja tebatan banjir seluruh Pulau Pinang,” katanya. 
Zainal turut menegur Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sepatutnya menggunakan sebahagian peruntukan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang bagi membiayai RTB. 
Menurutnya, difahamkan sejumlah besar dana digunakan kerajaan negeri untuk projek tersebut. 
“Malah sumber tersebut adalah sumber Kerajaan Negeri tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. 
“Jadi apa salahnya jika ambil sedikit peruntukan itu untuk membaikpulih alam sekitar dan banjir khususnya,” katanya. 
Tegasnya lagi, sepatutnya Kerajaan Pulau Pinang tidak memikirkan keuntungan semata-mata melalui projek-projek tertentu. 
“Kita perlu fikir alam sekitar sama, banjir yang berlaku sekarang tidak dinafikan disebabkan banyak faktor dan salah satunya ialah kerja tambakan dan sebagainya. 
“Patut sama-sama fikirkan kebaikan untuk rakyat, sepatutnya Pulau Pinang menjadi bandar yang moden kerana kerap dikunjungi pelancong, bukannya bandar yang asyik banjir,” katanya.
-Sinar Harian 

Sekiranya Kerajaan Persekutuan dirasakan lambat bertindak untuk memastikan masalah banjir ini diselesaikan, sewajarnya bagi sebuah kerajaan negeri yang berjiwa rakyat, mereka seharusnya boleh memulakan projek ini dengan peruntukan sendiri dan sekiranya berjaya, mereka bolehlah memegang sepanduk besar seperti yang dilakukan Ng Wei Aik dan merasa bangga kerana berupaya menyelesaikan masalah banjir tanpa bantuan Kerajaan Pusat.

My Fokus percaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai rizab kewangan yang besar bagi memulakan projek RTB secara bersendirian, jika tidak masakan mereka mampu untuk membayar RM305 juta hanya untuk penyediaan laporan kajian projek terowong dasar laut dan memperuntukkan RM7.5 bilion untuk membina 19.5 kilometer lebuh raya dengan kos anggaran RM385 juta per kilometer.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment