Guru Sekolah Di Klang Bocorkan Soalan Kertas Sains UPSR 2017?


Bermula esok, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung secara serentak di seluruh negara. 

Calon tahun ini merupakan kohort kedua yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR, sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Dalam memastikan kejayaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang, pelbagai pihak termasuk ibubapa dan pihak sekolah dilihat banyak memberikan tunjuk ajar kepada anak jagaan masing-masing.

Namun begitu, sejak petang tadi telah tular satu pesanan melalui aplikasi whatsapp yang menggambarkan soalan-soalan yang dijangka untuk kertas peperiksaan sains UPSR 2017 yang dijadual akan berlangsung pada Khamis.


Melalui pesanan aplikasi whatsapp itu, pelajar diminta untuk membuat latihan bagi matapelajaran sains yang diterbitkan melalui akhbar sisipan didik bertarikh 21 Ogos, 23 Ogos dan 4 September 2017 yang lalu. Pesanan itu juga menyatakan bahawa soalan yang diterbitkan oleh sispan didik itu adalah seiras dan jawapannya boleh didapati di mukasurat akhir.

Lebih mengejutkan, melalui pesanan tersebut juga, turut dinyatakan bahawa maklumat tersebut diperolehi oleh seorang kenalan yang bertugas sebagai seorang guru di Klang.

Walau bagaimanapun, ibubapa disarankan agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui aplikasi whatsapp kerana ia dikhuatiri hanyalah rekaan pihak-pihak tertentu untuk mengganggu tumpuan calon.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment