3 Perwakilan Hantar Memorandum Kepada RoS Desak DAP Siar Senarai Penuh Ahli Layak Mengundi Pada CEC


Tiga Perwakilan DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan, ROS bagi mendesak parti berkenaan menyiarkan senarai penuh 2,576 anggota parti yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat, CEC pada 2012.

Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Ehsan, Klang, L. Pannerselvam, Bekas Pengerusi Bagan Luar yang juga Setiausaha Bahagian dan Publisiti Parlimen Bagan, G. Asoghan dan Timbalan Pengerusi Taman Murni Sepang, A. Thirumalvalavan menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengarah Pertubuhan ROS, S.Salini di perkarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri, KDN.

Ketika ditemui media, Pannerselvam berkata senarai bagi membolehkan DAP menjalankan pemilihan CEC secara telus dan terbuka agar senarai nama perwakilan tidak dipertikaikan.

Pada pemilihan 2013, DAP didakwa telah membawa 120 cawangan tambahan sebagai undi hantu.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment