Tukang Urut Warga Asing "Pengsan"


Kuala Lumpur: “Tolong lah tuan! Saya tidak sempat hantar wang susu untuk anak di kampung.” Itu antara rayuan tukang urut seks berasal dari Medan, Indonesia sebaik ditahan dalam Op Ikrar dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.


Dalam operasi yang bermula jam 11.30 malam kelmarin, wanita terbabit berpura-pura menangis sehingga pengsan sejurus dua bangunan tiga tingkat yang menempatkan pusat snuker, pusat judi dalam talian dan rumah urut di Danau Kota di sini, diserbu.

Hasil serbuan serentak dilakukan 40 anggota JIM Putrajaya dan JAWI itu, seramai 55 warga asing yang berada dalam bangunan itu tidak sempat melarikan diri.

Turut ditahan 34 wanita Vietnam dan Indonesia serta dua lelaki tempatan yang dipercayai menawarkan kegiatan maksiat.

Wartawan Harian Metro yang menyertai operasi berkenaan mendapati beberapa meja snuker diletakkan di tingkat pertama bangunan dengan menggajikan pekerja warga Bangladesh sebagai juruwang dan penjaga premis.

Manakala di tingkat dua pula, ditempatkan puluhan mesin judi dalam talian yang dipenuhi pelanggan dalam kalangan warga asing dan warga tempatan.

Sebaik selesai berjudi, pelanggan dibenarkan naik ke tingkat tiga untuk melanggan tukang urut yang menawarkan perkhidmatan seks.

Sebaik diserbu, ada wanita warga asing itu yang merayu kepada anggota JIM untuk dibebaskan dengan alasan belum sempat menghantar wang untuk anak yang berada di negara asal.

Tidak cukup dengan itu, wanita yang berasal dari Medan, Indonesia itu menangis tanpa henti hingga pengsan ketika mahu dibawa menaiki lori JIM.

-Hmetro
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment