Tempoh Penggantungan Dollah Salleh Dapat "Diskaun".


Dalam sesi Face Off bersama Presiden FAM semalam, ada peminat bola sepak yang mahukan penjelasan isu Dollah Salleh yang dihukum gantung 18 bulan serta denda RM30,000.

TMJ menjawab, yang baginda sudah diberikan maklumat yang hukuman tersebut akan lebih ringan dan denda yang dikenakan kepada Dollah Salleh juga mungkin dikurangkan.

Baginda menegaskan, Dollah Salleh dikenakan hukuman kerana membuat tuduhan tidak berasas ke atas integriti pegawai perlawanan.

Sedangkan setiap pegawai pasukan dan para pemain sudah sedia maklum akan kod etika yang mereka harus hormati dalam isu ini.

TMJ sendiri pernah dikenakan hukuman penggantungan 6 bulan beberapa tahun lalu kerana mempersoalkan intergriti pertandingan.


Baginda agak kecewa dituduh sengaja menyalah gunakan kuasa untuk menjatuhkan Dollah Salleh. TMJ memberitahu, tindakan ke atas Dollah Salleh adalah di tangan jawatankuasa disiplin dan peguam. Baginda menambah:

“Semua ini di bawah kendalian badan berkecuali yang terdiri daripada sekumpulan peguam.”

TMJ memberitahu yang pihak jawatankuasa disiplin dan peguam telah menerima rayuan daripada Dollah Salleh. Dan hukuman beliau diringankan.

“Mungkin, saya rasa Dollah Salleh tidak akan digantung selama setahun setengah. Sebenarnya saya dah tahu berapa bulan yang Dollah Salleh akan digantung. Dia akan digantung selama 5 bulan sahaja.”

“Saya (Tengku Mahkota Johor) dahulu 6 bulan, Dollah Salleh cuma 5 bulan. Jadi, di mana asas tuduhan yang menuduh kita salah guna kuasa?”

TMJ juga menyatakan, yang Dollah Salleh diberikan kelonggaran untuk terlibat dengan aktiviti bola sepak termasuk melatih pasukan. Beliau juga boleh berinteraksi dengan pasukan kejurulatihan beliau ketika perlawanan.

Kita semua sedia maklum, biasanya penggantungan jurulatih adalah total. Ada jurulatih dilarang berkomunikasi di dalam stadium. Untuk kes yang berat, jurulatih dilarang melatih pasukan dalam tempoh penggantungan.

“Dia akan digantung hanya 5 bulan sehigga Disember, saya rasa bayaran (denda) dia pun tidak sampai RM30 ribu.”

“Selain itu, dia masih dibenarkan melatih pasukan, cuma tidak boleh duduk dengan bench (kawasan teknikal) sahaja. Itulah cara pasukan perundangan kami telah ringankan.”

TMJ juga menyatakan yang Dollah Salleh dikenakan tindakan atas Artikel 61, bukannya 88. Ditanya tentang status artikel 88, baginda menerangkan yang artikel yang ada dalam FAM adalah berdasarkan operasi standard yang ditetapkan FIFA yang terpakai di negara-negara lain termasuk di liga utama Eropah.

Baginda yakin, setiap peraturan itu wujud dengan ada sebab di sebaliknya.

-SB
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment