Remaja Maut, Motorsikal Ditunggang Bertembung Kereta


Seorang remaja maut, selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kampung Chepa, Binjai, Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 3 pagi.

Mangsa, Muhamad Azam Shafie, 20 tahun maut serta-merta di tempat kejadian, selepas mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa bersama seorang rakannya berusia 19 tahun, masing-masing menunggang motosikal, dalam perjalanan dari Binjai menuju Kota Jembal.

Motosikal mereka bergesel antara satu sama lain, menyebabkan Muhamad Azam memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta.

Hentaman kuat menyebabkan Muhamad Azam tercampak sejauh 3.7 meter dan maut di tempat kejadian.

Rakan mangsa yang turut terjatuh dari motosikal mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Buletin TV3

Untuk menonton video kejadian tersebut, sila terus klik ke url:

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment