Presiden PAS Sokong Penubuhan RCI Mengenai Memali


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju Suruhanjaya DiRaja (RCI) mengenai Memali ditubuhkan dan beliau sedia memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya suruhanjaya itu memanggil nya untuk memberi keterangan.

Ujarnya, RCI itu perlu kerana banyak perkara yang tersirat dan disembunyikan dari pengetahuan rakyat berkenaan insiden yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Tambahnya, dengan penubuhan RCI satu penyiasatan bebas dan adil boleh dijalankan dan rakyat terutama generasi sekarang boleh mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.

Mengenai dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Lim Kit siang yang menyatakan Amanat Haji Hadi sebagai punca kejadian yang menyebabkan kejadian itu berlaku, beliau meminta biar pihak RCI yang membuat keputusan.

Katanya, sejak tahun 2002 pihaknya telah disiasat pihak Jabatan Agama dan Polis dan tiada sebarang tindakan dari segi undang undang dan agama yang dikenakan terhadapnya.

RCI mengenai insiden Memali yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mencari punca sebenar kejadian yang menyebabkan 18 terkorban termasuk 4 anggota polis.

Isu itu turut menjadi hangat apabila dibangkit semasa Tun Dr Mahathir menjawab soalan peserta Forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam pada 13 Ogos lalu.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment