Penahanan Phee Boon Poh, DAP Anggap SPRM Bermain Politik?


Susulan penahanan dan reman terhadap Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh oleh pihak SPRM semalam, DAP dilihat telah menjalankan beberapa gerakan untuk menunjukkan sokongan terhadap beliau.

Beliau yang juga Adun Sungai Puyu ditahan berkaitan isu sebuah kilang haram memproses abu kayu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh.

Sejak dari awal pagi semalam, halaman facebook rasmi DAP Pulau Pinang didapati ada memuatnaik status berhubung penahanan itu yang bertujuan untuk memaklumkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan berkumpul di Mahkamah Majistret Pulau Pinang sebagai tanda sokongan. Namun begitu, ianya sedikit janggal apabila satu frasa berbunyi "SPRM JANGAN bermain politik" juga turut dimuatnaik di dalam status yang sama.


Kenapakah frasa seperti itu perlu dimuatnaik bersama-sama status yang menzahirkan sokongan terhadap Phee? Adakah penggunaan ayat 'panas' itu sengaja digunakan untuk bermain sentimen dan cuba mencetuskan kemarahan rakyat?

Tidak cukup dengan itu, dalam status terbaru yang dimuatnaik oleh Adun Derga, Tan Kok Yew juga turut meletakkan ayat yang sama.


Status Adun Derga itu pula dikongsikan oleh halaman facebook Kedah DAP Official OS.


Berdasarkan perkongsian berulang kali oleh beberapa akaun facebook rasmi milik DAP, dikhuatiri dengan penggunaan ayat yang dilihat sedikit 'panas' itu, akan menimbulkan satu persepsi bahawa penahanan Phee oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu tindakan yang tidak wajar dan didorong oleh kepentingan politik pihak tertentu.

Sewajarnya, DAP lebih rasional dengan tindakan SPRM itu kerana Pakatan Pembangkang pernah menzahirkan sokongan terhadap Suruhanjaya itu pada tahun 2015 berkaitan siasatan ke atas 1MDB yang turut sama dihadiri oleh bapa kepada Setiausaha Agong parti itu, Lim Kit Siang.

https://www.malaysiakini.com/news/307540#dxfdiUJddDdQUJ8e.97

Berdasarkan keadaan semasa, timbul persoalan berhubung tindak-tanduk pemimpin atasan DAP yang dilihat cuba membayangkan bahawa siasatan dan penahanan ke atas Phee adalah berkait dengan politik.

Seolah-olah wujud "Double-Standard" dikalangan pemimpin DAP.

Mereka akan sokong SPRM hanya jika melibatkan siasatan terhadap Kerajaan Barisan Nasional dan bersikap sebaliknya sekiranya ada dikalangan mereka yang disiasat.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment