Pemuda UMNO Kedah Yakin Tun Mahathir Tidak Bercakap Benar


Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya Tun Mahathir tidak bercakap benar dan cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh YAB Dato Seri Zahid berjumpa dgn beliau dan berniat untuk menjatuh YAB Perdana Menteri. Bagi Pemuda Kedah niat utk "menipu" ini membuktikan bhw beliau amat terdesak apabila menyedari serangan beliau sebelum ini tidak sama sekali mendatangkan kesan terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Pemuda UMNO Kedah mengutuk keras dan mahu strategi politik tidak bermaruah ini dihentikan serta merta. Sebagai seorang yang pernah bergelar status negarawan Tun Mahathir perlu berhadapan dgn lawan secara "gentlemen" dan bukannya mengada-adakan cerita yg tidak wujud sama sekali.

Pemuda UMNO Kedah juga mohon agar tuduhan dan kenyataan Tun Mahathir ini dibuktikan dengan kadar segera. Pemuda UMNO Kedah tidak mahu tuduhan dan kenyataan Tun Mahathir hanya lah bersifat "cuba-cubaan" ataupun "ujian makmal" semata-mata. 

Pemuda UMNO Kedah yakin dan percaya hubungan YAB Dato Seri Zahid dan YAB Dato Sri Mohd Najib kekal utuh dan mereka adalah gandingan yg paling ideal mempertahankan parti. Sebarang usaha murahan dan picisan sudah semestinya tidak akan membawa kesan sama sekali.

Pemuda UMNO Kedah ingin berpesan agar ahli Parti sentiasa fokus dan tidak terpedaya dgn kenyataan yg tidak berasas ini. Pemuda UMNO Kedah melihat wujudnya satu "trend" oleh pembangkang termasuk Tun Mahathir yg cuba meletakkan unsur "kesangsian" dikalangan ahli parti. Namun Pemuda UMNO Kedah yakin strategi dan pendekatan ini tidak akan berkesan dan akan ditolak oleh ahli parti.

Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 Komentar :

  1. Tun Taik tk takut kat sesiapa pun apa lg kjaan msia sbb dia tahu pdrm tk akan tangkap beliau kerana pdrm mmg amat hormat kpd org2 yg berpangkat PM. Bagi tun taik jika beliau buat fitnah pun sprt yg dia buat kat dsai dulu adalah merupakan zaman silam. Serupa dgn serangan ke atas zahid, lps tu tun m akan cakap itu perkara silam huhu.

    ReplyDelete