MVM Mohon Maaf, Hentikan Promosi Sementara Waktu


Pengurus Besar MVM Production Sdn Bhd, Rumhadi Rumnan memohon maaf kepada penyanyi Saleem Iklim selepas membenarkan penyanyi baru, Syafiq Farhain menyanyikan lagu-lagunya.

Syafiq yang juga anak kandung Saleem bernaung di bawah syarikat berkenaan bakal tampil dengan single baru dan muzik video tidak lama lagi.

"Pihak kami sudah berbincang dengan Saleem serta memohon maaf kerana menggunakan nama dan lagunya bagi mempromosikan Syafiq.

"Oleh itu buat sementara ini kami terpaksa menghentikan promosi untuk Syafiq dan akan mula fokus terhadap lagu baru dan muzik videonya selepas ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rumhadi berkata, pihaknya juga tidak akan memberi sebarang kenyataan lagi bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Semalam kecoh dan tular di laman sosial apabila Saleem bersama pengurus yang juga isterinya, Julia Bachok datang 'menyerang' pejabat MVM di Cheras, Kuala Lumpur.

Perkara itu terjadi selepas MVM membenarkan Syafiq menggunakan nama dan lagu-lagu Saleem untuk mempromosikan diri.

Syafiq yang juga anggota bomba sebelum ini popular apabila video nyanyiannya di aplikasi Smule tular di laman sosial apabila suaranya dikatakan mirip Saleem.

Syafiq kini turut bergelar penyanyi dengan single yang semakin dikenali berjudul Sayang Maafkan Aku.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment