#KL2017 : Penyokong Berang Kesilapan Cetakan Bendera Indonesia, Khairy Jamaluddin Mohon Maaf


Temasya Sukan SEA kali Ke-29 dibuka secara rasminya dengan satu majlis pembukaan yang penuh gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Upacara perasmian yang diserikan dengan penuh warna pancaran bunga api dan turut diselitkan dengan persembahan yang menonjolkan kepelbagaian budaya itu ternyata bakal menjadi satu momen indah dan bersejarah bagi Malaysia selaku tuan rumah.

Namun begitu, disebalik segala kegemilangan, terselit juga sedikit kecacatan apabila bendera Republik Indonesia dicetak dengan silap.

Seorang penyokong republik itu yang menggunakan nama Imam Nahrawi menzahirkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut. 

Melalui status tersebut, beliau menyifatkan disebalik upacara pembukaan Sukan SEA 2017 yang bagus, terdapat kesilapan yang amat menyakitkan.

Susulan rungutan itu, akaun twitter Imam Nahrawi dihujani dengan beberapa komen lain yang dilihat kurang berpuas hati dengan insiden yang tidak disengajakan itu.

Sebilangan dari mereka mendesak agar pihak pemerintah republik itu menyuarakan protes terhadap kesilapan tersebut.

Bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan ketegangan berterusan, akhirnya Menteri Belia dan Sukan, saudara Khairy Jamaluddin tampil memberikan respon berikut terhadap status yang dimuatnaik Imam Nahrawi.

Khairy menjelaskan, "Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf."




Kementerian Belia dan Sukan juga turut tampil dengan kenyataan rasmi berikut untuk menjelaskan situasi sebenar.


KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment