Kementerian Lapor Polis, Harap Penyebar Dikenakan Tindakan Sewajarnya


KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu di media sosial kononnya KPM mengubah sejarah Malaysia apabila gambar Tun Dr Mahathir tidak dimasukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan tiga seperti yang tular di media sosial hari ini.

KPM dalam satu kenyataan berkata, laporan polis itu dibuat bagi mengambil tindakan terhadap penerbit buku terbabit dan pihak yang memulakan penyebaran maklumat palsu itu di media sosial.



Katanya, KPM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada mana-mana sekolah di bawah kementerian untuk membuang gambar Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam buku teks.

"Hasil semakan yang dijalankan, buku berkenaan adalah bukan terbitan daripada pihak kementerian dan kita ingin menegaskan setiap penulisan buku teks KPM adalah berlandaskan dokumen kurikulum dan fakta sebenar yang berlaku pada masa atau tempoh berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial supaya ia tidak menjadi isu polemik yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment