Kartunis Lengkuas Meninggal Dunia


Berdasarkan sebaran melalui aplikasi whatsapp, kartunis Zainuddin Bin Salleh atau lebih dikenali sebagai  Lengkuas yang terkenal dengan siri Mat Despatch di Majalah Ujang suatu ketika dahulu, telah kembali ke Rahmatullah awal pagi ini.

Hasil semakan di halaman media sosial facebook, didapati ada beberapa akaun turut sama mengemaskini status berhubung perkara itu.


Kehilangan ini turut disahkan oleh Kartunis Ujang melalui status yang dimuatnaik di facebook miliknya.


Sehingga artikel ini ditulis, jenazah dikatakan masih berada di Hospital Selayang.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment