Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Terpaksa Dibedah Akibat Gam RM2


KUALA TERENGGANU, 15 Ogos — Betis seorang kanak-kanak perempuan melecur akibat terkena gam berharga RM2 hingga memerlukan pembedahan.

Nur Hasya Yusra Shahrul Izuan, 3, melecur teruk selepas gam itu melekat di betis kiri, lapor Berita Harian.

Ibu mangsa Farhah Nuar, 27, terkejut apabila anaknya menjerit selepas terkena gam tersebut di rumahnya di Paka, Dungun, sekitar jam 8 malam Jumaat lalu.

Pengusaha pelamin dan suaminya segera ke klinik swasta tetapi mereka diminta membawa Nur Hasya ke hospital kerana keadaan lecurnya teruk.

Nur Hasya dibawa ke Hospital Dungun tetapi dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bertemu pakar kulit. Kimia pada gam itu dikhuatiri boleh merebak jika tidak dibedah.



“Anak saya menjalani pembedahan di HSNZ dan doktor perlu membuang isi dan kulit yang terkena gam itu hingga paras lemak kerana bimbang bahan kimia yang tertinggal boleh mengakibatkan kaki anak saya semakin teruk,” katanya.

Anaknya dibedah Ahad lalu dan keadaannya semakin pulih.

Beliau membeli gam “3 Second OK” untuk membaiki peralatan pelamin dan barang perkahwinan.

-MMO
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment