JAKIM Kesal Pihak Bawa Idea Sesat Dalam Program Anjuran IRF, G25


PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi seorang individu yang dikenali Dr. Mun'im Sirry dari University of Notre Dame yang menjadi panel dalam program anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) dan G25 baru-baru ini.

Difahamkan individu terbabit telah membuat kenyataan bahawa al-Quran sebenarnya turun di Mesopotamia dan tidak lagi relevan serta cuba untuk mempromosi tafsiran baharu kepada kebenaran kitab suci tersebut.

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, kenyataan tersebut salah dan bercanggah dengan pandangan ulama dan Jakim melihat isu tersebut merupakan satu percubaan oleh IRF serta G25 untuk membawa masuk ke negara ini idea-idea liberal yang sesat.

Tambah beliau, perbuatan yang dilakukan oleh individu dan kumpulan tersebut sangat bahaya dan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Jakim memandang serius perkara ini dan perlu ada penyelarasan dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi-agensi lain yang berkaitan, agar mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan menyalahi undang-undang dan amalan Islam yang diamalkan di negara ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Jakim akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang dan pihak penganjur akan dipanggil untuk memberi penjelasan. - K! ONLINE
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment