Aksi Final Malaysia vs Thailand Ditukar Ke Stadium Shah Alam


KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Lokasi perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA lelaki antara Malaysia dengan Thailand ditukar ke Stadium Shah Alam, Selangor.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan berkata persetujuan dicapai selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali di Hotel Hilton Petaling Jaya, pagi tadi.

"Perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 antara Malaysia lawan Thailand akan diadakan di Stadium Shah Alam pada Selasa ini (29 Ogos 2017), sepak mula jam 8.45 malam. Harga tiket RM21.20 (termasuk GST)," kata FAM dalam Facebook.

Sebelum ini perlawanan akhir dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Sementara perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia dengan Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang bermula pukul 4.30 petang.

Skuad B-22 bimbingan Datuk Ong Kim Swee malam tadi mengalahkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam melalui tandukan N Thanabalan pada minit ke-87.

Sebelumnya Thailand mengalahkan Myanmar juga dengan 1-0 pada satu lagi perlawanan separuh akhir di Stadium Selayang.

-MMO
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment