Tuduh Najib Tidak Demokratik; Fahmi Fadzil Gagal Fahami Akta Perhimpunan Aman 2012?


Lawatan kerja Perdana Menteri ke Pulau Pinang siang tadi didapati turut dicemari dengan beberapa tindakan provokasi dilakukan oleh penyokong Pakatan Harapan terutamanya penyokong PKR.

Pada peringkat awal, provokasi dan tindakan sabotaj hanya melibatkan pemasangan bendera parti pembangkang iaitu PKR disekitar lokasi yang dijadualkan berlangsungnya acara Kenduri Bersila. Namun begitu, disebelah pagi tadi ianya turut disertai oleh sebilangan kecil individu melakukan flashmob dengan memegang beberapa plakad yang berbaur provokasi terhadap Perdana Menteri.

Lantaran itu, dilaporkan 15 peserta flashmob itu telah ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia kerana dikhuatiri akan mencetuskan kekacauan. Antara yang turut ditahan termasuklah Ketua Biro Pelajar Pemuda PKR, Fahmi Zainol.

Susulan itu, Pengarah Komunikasi Keadilan merangkap Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil mengeluarkan satu kenyataan dan menuduh penahanan terhadap penyokong parti itu adalah satu tindakan yang tidak menghormati sistem demokrasi oleh Perdana Menteri.





Melalui kenyataan yang dikeluarkan, beliau juga menuduh bahawa pentadbiran yang dinaungi Perdana Menteri sudah takut dan panik dengan sentimen rakyat yang dibawakan mereka sehinggakan peserta flashmob ditahan Polis.

Merujuk kepada kenyataan tersebut juga, secara tidak langsung, ia membuktikan kedangkalan pengetahuan yang dimiliki oleh Pengarah Komunikasi Keadilan itu berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jika diteliti, Akta Perhimpunan Aman 2012 melalui para 7 ada menggariskan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta seperti yang ditunjukkan didalam helaian di bawah.
 
Fahmi Fadzil wajar untuk memperhalusi setiap syarat atau tanggungjawab oleh peserta seperti yang termaktub di dalam Akta tersebut. Adakah kesemua syarat itu dipenuhi dan mampu untuk membuktikan bahawa tindakan penahanan mereka adalah bersandarkan politik semata?

Seharusnya, Fahmi Fadzil sudah lebih maklum berhubung terma yang tercatat di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan yang mampu memalukan diri beliau sendiri dan parti yang didokong beliau.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment