[3 GAMBAR] 2 Pengawal Keselamatan Dibunuh Kejam


DUA pengawal keselamatan di pusat penyembelihan ayam di Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan, Klang, ditemui mati dengan kesan tetakan di beberapa anggota badan, 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kejadian hanya disedari pemilik premis selepas datang ke pusat penyembelihan berkenaan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Syed Mohd Fazrul Syed Mohd Ridhuan, 23, dan Wan Amir Abu Hassan, 48.



"Kedua-dua mangsa ditemui bergelimpangan di dalam bilik yang dikunci daripada luar.

"Mereka dipercayai dibunuh dengan senjata tajam kira-kira dua hari lalu berdasarkan bau busuk yang mula-mula dihidu jiran di premis berkenaan," katanya ketika ditemui di Klang.

Beliau berkata, polis masih mengesan seorang lagi suspek yang bekerja di premis berkenaan namun menghilangkan diri sehingga kini.

"Kedua-dua mangsa tinggal di kawasan berhampiran dan bekerja di sini sejak tiga tahun lalu.

"Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

-Harian Metro
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment