Yap Ah Loy Bukan Pengasas Kuala Lumpur - Pakar


BANGI, 19 Julai ― Yap Ah Loy bukan pengasas Kuala Lumpur seperti digambarkan dalam beberapa tulisan sehingga tanggapan itu diterima ramai.

Namun dua pakar sejarah termasuk Tan Sri Dr Khoo Kay Kim semalam sepakat menyatakan kapitan terkenal itu bukan pengasas atau pembuka ibu kota.

Yap, sebagai kapitan ketiga, membangunkan semula Kuala Lumpur selepas perang saudara susulan konflik pembesar Selangor, lapor Harian Metro.

“Kesimpulan itu dibuat berdasarkan beberapa fakta sejarah yang begitu nyata.

Jika Yap Ah Loy membuka Kuala Lumpur sedangkan dia dilantik sebagai kapitan ketiga, bagaimana taraf dua lagi kapitan sebelumnya?

“Melihat daripada fakta itu saja jelas bercanggahan maklumat,” kata pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) profesor Dr Supyan Hussin.

“Yap Ah Loy dipersetujui individu yang bertanggungjawab membangunkan semula Kuala Lumpur atas restu sultan ketika itu dan Britain.”

Selain Khoo, pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan Datuk Ar Hajeedar Abdul Majid juga terlibat dalam diskusi “Apakah Kuala Lumpur Dibuka oleh Yap Ah Loy?”.

Beliau berkata sejarah negara sekarang banyak mengambil pandangan Barat sejak di bangku sekolah lagi sehingga ramai beranggapan Kuala Lumpur dibuka oleh Yap.

“[...] saya bersama profesor Khoo membuat kesimpulan bahawa Yap Ah Loy bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur, bukan membukanya,” kata Hajeedar.

-MMO
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment