Saleem Iklim Pula Dimasukkan Ke Pusat Perubatan HUKM


KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Iklim, Saleem dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat demam panas pada malam Selasa lalu.

Menurut anaknya, Iera Sakhira, Saleem atau nama sebenarnya, A.M. Salim Abdul Majeed telah mengalami demam panas berpanjangan selama seminggu dengan suhu badan mencecah 40 darjah Celsius.

"Keadaan ayah tidak menunjukkan perubahan positif walaupun telah berjumpa doktor di klinik biasa.

"Setelah dibawa ke PPUKM dan berjumpa pakar, ayah terus dimasukkan ke dalam wad untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Iera, penyanyi yang berasal dari Terengganu itu kini berada dalam keadaan lemah dan telah dinasihatkan doktor untuk tidak menerima pelawat yang ramai.

"Ramai yang mahu melawat ayah tetapi kami terpaksa hadkan pelawat kerana dia memerlukan rehat yang panjang," jelasnya lagi.

Setakat ini, masih tiada sebarang pengesahan berkenaan punca demam berpanjangan pelantun lagu Suci Dalam Debu berkenaan. 


KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment