Prasarana Ambil Alih Perkhidmatan Feri Pulau Pinang


KUALA LUMPUR 1 Julai - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengambil alih perkhidmatan feri di Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan berbincang dengan pengurusan tertinggi Prasarana mengenai kontrak pengambil alihan tersebut dalam tempoh terdekat termasuk membincangkan tempoh syarikat berkenaan mengendalikan perkhidmatan pengangkutan dari Butterworth ke Pulau Pinang tersebut.

“Kita membenarkan Prasarana mengambil alih perkhidmatan feri di Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini namun kementerian akan sentiasa memerhati rapat prestasi syarikat tersebut dalam menyediakan kemudahan untuk masyarakat di negeri tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Penyelidikan Mimpi di Mahligai Merah di Perpustakaan Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Pada 17 Jun lalu, sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris melaporkan Prasarana akan mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang daripada pengendali sekarang Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan ia akan dijenamakan sebagai ‘rapidFerry” dengan jumlah bayaran RM1.

Prasarana merupakan pembekal pengangkutan awam terbesar di Malaysia turut mengendalikan bas Rapid Penang. 

KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment