Perdana Menteri Ucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia


KELANA JAYA, Isnin, 24 Julai 2017 : YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri YBhg Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor hari ini mengucapkan selamat jalan kepada Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji Kelana Jaya.

Penerbangan terus dari KLIA ke Madinah pada jam 9:30 malam ini menggunakan pesawat Flynas XY 6110 yang membawa 420 jemaah negara dan dijangka tiba pada jam 1:30 pagi (waktu Saudi), keesokannya.

YAB Perdana Menteri berkata, setiap jemaah yang pergi ke tanah suci mempunyai niat yang sama untuk mendapat haji mabrur namun pada kesempatan tersebut beliau menohon jemaah haji meluangkan masa menitipkan doa untuk Malaysia.

”Tunaikan ibadat sedaya mungkin, tapi saya minta dalam doa kita (jemaah haji), mintalah pada Allah supaya Malaysia aman, berjaya dan terus disanjung tinggi semua pihak" tambah beliau.

Para bakal jemaah dinasihatkan agar memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadat tersebut dengan sempurna agar memperoleh haji yang mabrur. 









Majlis mengucapkan selamat jalan tersebut turut dihadiri oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri; TYT Mahmoud Hussen Qattan, Duta Besar Arab Saudi di Malaysia; YB Senator Dato’ Asyraf Wajdi bin Dato’ Dasuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan isteri; YBhg. Datuk Seri Johan bin Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan isteri; Ahli Lembaga Pengarah serta Pengurusan Kanan TH.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment