Nasi Himpit Segera Dalam Bungkusan Plastik Boleh Akibatkan Barah


GEORGE TOWN, 1 Julai — Nasi himpit dalam bungkusan plastik berbahaya kerana penggunaannya boleh mengakibatkan barah dan gangguan hormon.

Pegawai pengkaji Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata bahan kimia pada plastik akan merembes kepada makanan apabila nasi himpit direbus.
Advertisement

Hatijah Hashim berkata semua bahan makanan lain dalam plastik juga berdepan risiko sama kerana plastik diperbuat daripada bahan kimia, lapor Kosmo!

“Apa yang dikatakan bahaya ialah apabila plastik dimasukkan ke dalam suhu panas atau direbus atas api, bahan kimia pada plastik akan merembes ke dalam makanan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kajian dua tahun menunjukkan pengambilan secara kerap boleh memudaratkan kesihatan dan CAP menggesa masyarakat kembali menggunakan daun kelapa.

Katanya, CAP juga meminta Kementerian Kesihatan menyekat penggunaan plastik pada makanan kerana hampir semua pasar raya memasarkan produk sedemikian.

-MMO
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment