Krisis Pengusaha Kantin, PSP : Ada Pihak Cuba Ambil Kesempatan Timbulkan Ketegangan Agama?


Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial tentang isu berkaitan penamatan kontrak seorang pengusaha kantin di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Pelbagai versi penceritaan telah disajikan kepada semua pelayar alam maya.

Kemuncak isu ini, Malaysiakini telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "I was told to convert to Islam, says polytechnic canteen operator". (klik tajuk untuk baca berita penuh)


Namun begitu, selepas beberapa ketika, Malaysiakini mengakui kesilapan laporan berita mereka berkaitan seorang pengendali kantin di Politeknik yang mendakwa disaran memeluk Islam, jika mahu meneruskan perniagaan.

Klik untuk berita penuh dari Ismaweb

Menurut kenyataan Pengarangnya, Malaysiakini secara tidak sengaja sebelum ini tersilap memetik kenyataan dibuat Gopi Krishnan mengenai isu ini.

“Selepas mendapat penjelasan beliau sebenarnya tidak dipaksa memeluk Islam sebaliknya sekadar diberitahu supaya memeluk Islam. Segala kesilapan dan kekeliruan amat dikesali,” kata Nota Editor Malaysiakini, dalam berita disunting bertajuk ‘Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik’.

Laporan itu yang turut disiarkan dalam laman Facebooknya, mencetuskan komen agak sensitif berkaitan agama dan kaum daripada pembaca yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.


Benarkah Malaysiakini tersilap lapor?

Melalui apa yang ditularkan melalui media, Gobi dikatakan ada membuat satu laporan polis berkenaan ketidakpuasan hati beliau terhadap berita yang dikeluarkan oleh portal online Malaysiakini tersebut. (sumber; Utusan)

Beliau dikatakan menafikan laporan Malaysiakini itu yang mendakwa dia disaran untuk memeluk Islam dan menegaskan bahawa kenyataan akhbar yang dibuat semalam semata- mata bertujuan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap isu tertentu yang dikenakan terhadap pengusaha bukan muslim di Politeknik Seberang Perai.

Sedarkah Gobi bahawa ketika sessi kenyataan akhbar yang dibuat di tingkat 52 KOMTAR oleh Profesor P. Ramasamy semalam, perkara berikut ada disebut dalam kenyataan beliau kepada wartawan? 



Melalui kenyataan itu, pada minit 5:26 ada dinyatakan dengan jelas bahawa;

"Puan Hanum juga telah meminta Gobi dan isterinya, Khor Hong Geik agar memeluk agama Islam dan kontrak akan diberikan kepada mereka selepas itu".

Berdasarkan kecelaruan yang timbul, siapa sebenarnya berada di pihak yang benar? Gobi, Ramasamy, Malaysiakini atau PSP?

Bersama artikel dengan tajuk panas dari portal Malaysiakini, tidak mustahil ia mampu untuk mencetuskan ketegangan agama dan kaum.

Jabatan Pendidikan Politeknik hari ini turut mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang sama.

KENYATAAN MEDIA 
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK ingin menjelaskan tentang isu pengusaha India yang tidak berjaya dalam pembidaan sebutharga untuk mendapatkan satu ruang gerai dalam Kontrak Menyewa dan Mengurus Kantin Politeknik Seberang Perai seperti yang ditularkan di media sosial baru-baru ini. 
Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga, PSP telah meneliti dan mendapati bahawa permohonan pengusaha makanan India iaitu Encik Gobi Krishnan a/l Gopal dari GA Multi Trading tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang terdapat dalam spesifikasi sebut harga. Syarat sebut harga tersebut termasuk kod bidang 040103 Membekal Makanan Bermasak (Islam) dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan.  
Dua pengusaha kantin Melayu yang telah beroperasi di PSP selama hampir 10 tahun juga tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Seorang lagi pengusaha menarik diri kerana tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Secara jelasnya, tiada unsur pilih kasih atau diskriminasi perkauman seperti yang didakwa.  
Pemilihan dilakukan secara telus dan bertanggungjawab oleh Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga. Jawatankuasa tersebut tidak dimaklumkan nama syarikat dan siapa yang mengambil bahagian dan pemilihan hanya berdasarkan nombor kod penender sahaja. Pengarah Politeknik Seberang Perai bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua perkara berkaitan warga Politeknik Seberang Perai seramai hampir 5000 orang pelajar dan staf termasuk 865 orang pelajar India. Setiap perkara akan diteliti dengan waspada terhadap anasir yang cuba memporakperandakan masyarakat melalui isu ini.  
Pihak Politeknik Seberang Perai sentiasa bersikap terbuka untuk berbincang dalam apa juga perkara tanpa melibatkan pihak ketiga yang mungkin tidak memahami dan mengetahui isu ini serta tidak mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu.  
Dikeluarkan oleh: 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK

Kenyataan akhbar itu turut menyatakan, permohonan Gobi tidak berjaya kerana kegagalan beliau untuk memenuhi syarat dan kriteria yang terdapat dalam spesifikasi sebut harga. Syarat sebut harga tersebut turut menyenaraikan kod bidang 040103 Membekal Makanan Bermasak (Islam) untuk dipenuhi pengusaha.

Seorang pengguna facebook juga turut mengongsikan salinan syarat yang ditetapkan oleh PSP kepada para penender yang mensyaratkan supaya pengusaha memiliki kod bidang 040103 Membekal Makanan Bermasak (Islam). Malah turut sama dikongsi adalah salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang tercatat nama syarikat dimiliki Gobi. Perhatikan juga helaian kod bidang yang turut dikongsikan.



KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment