Kit Rasmi Manchester United Bercorak Seakan-Akan Zakar, Adidas Mohon Maaf


Adidas melalui sebuah kenyataan telah tampil memohon maaf berhubung lakaran yang kelihatan seakan-akan berbentuk zakar pada Kit Rasmi pasukan Manchester United bagi musin 2017/2018. IKehadiran imej seakan-akan berbentuk zakar tersebut dikesan oleh peminat yang meneliti rekaan itu selepas kelab itu mengeluarkan gambar publisiti tentang kit berkenaan.

"Amat memalukan" tegas CEO syarikat pemasaran pakaian sukan terkenal itu, Kasper Rorsted ketika diminta untuk memberikan komen berhubung insiden itu.

Sementara itu, lagenda Manchester United, Paul Scholes pula menyatakan bahawa, walau apa juga keadaan mahupun rekabentuk yang diberikan kepada setiap pemain pasukan itu, mereka tidak harus mengambil pusing tentang apa juga yang tertera di atas baju yang dibekalkan. Mereka hanya perlu memberikan persembahan 110 peratus setiap kali memakai kit rasmi pasukan itu, sekalipun terdapat lain-lain gambar yang dianggap lucah tertera di atasnya.

-My Fokus Online / Soccer On Sunday
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment