Kejar Penjenayah Cuba Larikan Diri, Anggota Polis Jatuh Tingkat Tiga


KEPALA BATAS, 1 Julai — Seorang anggota polis cedera akibat jatuh tingkat tiga sebuah hospital ketika mengejar penjenayah yang cuba melarikan diri.

Lans Koperal Syed Mohamad Farli Syed Alwi yang cedera di kepala, pinggang dan kaki, dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB), lapor Berita Harian.

Mangsa bersama rakannya cuba menahan semula suspek berusia 59 tahun yang lari melalui tingkap wad kira-kira jam 7 malam tadi.

Kejadian berlaku ketika suspek yang bergari itu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata suspek ditahan semula dengan bantuan pengawal keselamatan hospital. 

“Suspek yang mempunyai 17 rekod jenayah akan disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari tahanan yang sah,” katanya.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment