Juri America's Got Talent 2017 Dilaporkan Muflis, Kini Mengemis Bantuan Rakan


ANGGOTA kumpulan Spice Girl, Mel B, dilaporkan muflis selepas mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Stephen Belafonte.

Menurut laporan Daily Mail, Mel B, dikatakan terpaksa meminta bantuan rakan-rakannya menjelaskan tunggakan hutang rumah yang baru dibelinya.

"Mel B baru saja membayar deposit wang untuk membeli rumah di Los Angeles yang berharga RM8 juta.

"Dia juga risau akan kehilangan rumah tersebut jika tidak dapat membayar baki hutangnya yang ada sekarang ini memandangkan dia mempunyai masalah kewangan yang amat serius.

"Semua orang sudah tahu keadaan kewangan Mel kini sangat teruk dan jika dia gagal mendapatkan rumah tersebut, maka keadaannya akan menjadi semakin parah.

"Akibat daripada itu, Mel terpaksa meminta bantuan daripada rakan-rakanya untuk menyelesaikan masalah yang dialami olehnya," kata sumber.

Tambah sumber, Mel B kini sedang berusaha untuk mengumpul sebanyak mungkin duit daripada rakan-rakanya yang sudi membantu.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment