Jangan Gertak, Saya Tak Takut - Syed Saddiq


PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak takut dengan ancaman tindakan displin, mempertahankan dakwaan Naib Presiden Hamidah Osman bertanggungjawab untuk perpecahan parti itu di Perak.

“Kalau dia mahu hadapkan saya ke lembaga disiplin, dia berhak melakukannya.

“Langkah itu menegakkan proses demokrasi dan ketelusan, serta konsep kebertanggungjawaban dalam parti.

“Saya sedia menghadap, kerana parti selalu kata berani kerana benar,” kata ketua pemuda PPBM itu kepada FMT hari ini.

Hamidah pagi tadi memberitahu FMT beliau akan menulis surat kepada lembaga disiplin PPBM, menyeru tindakan diambil terhadap Syed Saddiq, yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya.



Ia berikutan dakwaan Syed Saddiq pada 28 Mei lalu yang menuduh Hamidah mendalangi peletakan jawatan lebih 1,000 ahli PPBM Perak.

Beliau juga menggelar bekas ketua Wanita Umno Gopeng itu seorang hipokrit yang kecewa dengan keputusan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menamakan beliau ketua PPBM Perak.

“Saya tahu dia (Hamidah) punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang: Saya mahu Hamidah letak jawatan. Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus,” kata Syed Saddiq kepada FMT ketika itu.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kenyataannya di hadapan lembaga disiplin nanti, Syed Saddiq jawab: “Sudah tentu”.

“Saya tidak takut kerana saya tahu apa yang berlaku dalam isu ini. Saya cuma menjalankan tugas saya.

“Apabila dia memfitnah kepimpinan tertinggi parti, saya berhak dan bertanggungjawab untuk menjawab dakwaannya.

“Dia tahu semua bukti yang saya ada, yang akan saya serahkan kepada lembaga disiplin,” tambahnya.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment