Enggan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah; Slogan CAT Diterap DAP Hanya Lakonan?


Cekap, Akauntabiliti, Telus. Itulah slogan yang diperkenalkan oleh DAP sejak mula mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pasca PRU12.

Melalui slogan itu, DAP dikatakan cuba untuk menunjukkan bahawa pemerintahan baharu Pulau Pinang di bawah parti itu adalah lebih "bersih" berbanding Barisan Nasional yang memerintah negeri itu sebelumnya.

Disebalik segala "kesucian" yang cuba ditampilkan oleh DAP di Pulau Pinang, sedikit demi sedikit kepincangan pemerintahan parti itu mula terbongkar. 

Biarpun Lim Guan Eng berkali-kali melaungkan kalimah bebas rasuah, di dalam diam beliau turut sama terpalit dengan beberapa dakwaan skandal rasuah melibatkan pembelian rumah agam murah dan beberapa projek lain.

Melalui artikel yang diterbitkan portal rasmi parti itu, Roketkini.com pada 2014, Lim Guan Eng tegas menyatakan bahawa parti naungannya adalah sebuah parti yang bebas rasuah.

https://www.roketkini.com/2014/12/14/dap-tidak-anti-islam-atau-melayu-tapi-anti-rasuah/

SUBANG, 14 DIS: DAP tidak pernah menyatakan bahawa parti ini anti kepada mana-mana ajaran agama, atau kaum tertentu, sebaliknya parti ini anti kepada rasuah dan penyelewengan kuasa, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. 
“Parti DAP tidak anti-Melayu, tidak anti-Islam, tidak anti-bukan Islam. Tapi kita anti rasuah. 
“Kerana UMNO adalah ibu segala rasuah, sebab itu kita anti UMNO,” kata Guan Eng dalam ucaptama Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di One City, Subang Jaya hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menyatakan, DAP menentang habis-habisan segala sentimen perkauman dan elemen ektremis UMNO. 
“DAP akan terus menjadi parti bukan kaum yang meraikan kepelbagaian kaum dengan matlamat utama mendemokrasikan Malaysia berdasarkan kebebasan, keadilan sosial dan peluang saksama. 
“DAP tidak pernah menjadi parti yang hanya berjuang untuk satu kaum atau agama saja. Kita parti untuk semua,” katanya. 
Tambah beliau, untuk membuktikan amalan kepelbagaian kaum dan menolak sepenuhnya politik kebencian, DAP akan berusaha menghadapkan Ketua UMNO Baling Mashitah Ibrahim ke pengadilan. 
Mashitah baru-baru ini telah mendakwa seorang pemuda Cina telah mengoyak Al-Quran ‘sehelai demi sehelai’ di Kedah. 
Sedangkan dakwaan itu disanggah sendiri oleh Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir yang menyatakan bahawa seorang pemuda Melayu yang kurang siuman.
Tanpa rasuah, Malaysia tak perlu GST. 
Dalam pada itu kata Guan Eng, kerajaan Pusat seharusnya memberi tumpuan kepada usaha-usaha menangani masalah ekonomi. 
“Kerajaan lemah dalam menangani kegawatan ekonomi. (Seharusnya) berikan tumpuan penuh kepada masalah ekonomi. 
“Tanpa rasuah, Malaysia tak perlu laksana GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” ujar Guan Eng merujuk ketirisan dan rasuah dalam pentadbiran kerajaan sehingga terpaksa ‘ditampung’ melalui kenaikan pelbagai cukai. 
Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mendedahkan bahawa negara mengalami kerugian RM20 bilion setahun akibat pelbagai ketirisan,salah urus, pemborosan serta amalan kronisme yang berleluasa berlaku dalam kerajaan UMNO-BN. – Roketkini.com

Artikel yang diterbitkan pada 14 Disember 2014 itu turut menyatakan bahawa DAP tidak pernah menyatakan bahawa parti itu anti kepada mana-mana ajaran agama, atau kaum tertentu, sebaliknya parti ini anti kepada rasuah dan penyelewengan kuasa, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan pada 2014 itu disandarkan dengan situasi terkini, ternyata semua kenyataan yang dikeluarkan itu hanyalah sekadar lakonan hebat dari Setiausaha Agung DAP itu.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad menyatakan kekesalan apabila kepimpinan negeri itu enggan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sprm-kesal-dengan-p-pinang-1.503287

KLANG 15 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menunjukkan komitmen negeri itu memerangi serta membanteras gejala rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, IBR penting untuk memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan mana-mana organisasi termasuk kerajaan untuk berkhid­mat dalam suasana kerja yang kondusif serta bebas rasuah demi menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat juga ingin melihat sama ada sesebuah kerajaan negeri atau agensi itu berani menyatakan dan berikrar meme­rangi rasuah, bukan setakat slogan sahaja. 
“Ini satu ikrar dan janji yang perlu ditunjukkan kepemimpinan negeri bahawa mereka tidak mahu rasuah, benci rasuah. Ini yang sepatutnya ditunjukkan kepada rakyat.

“Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu ra­suah dan salah guna kuasa, minta SPRM ambil tindakan dan pelbagai lagi, tetapi mereka sendiri tidak mahu nyatakan ikrar untuk membanteras gejala itu. 
“Saya rasa pelik kalau negeri-negeri lain boleh (menandatangani IBR). Kelantan dan Selangor juga telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan IBR, tinggal satu negeri ini sahaja (yang enggan menandatangani IBR),” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri SPRM bersama masyarakat Cina di Pulau Ketam di sini malam semalam. 
Kerajaan Pulau Pinang baru-baru menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR. 
Tambah Dzulkifli , beliau mahu masyarakat menilai sendiri tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang sama ada mereka begitu komited memerangi rasuah atau tidak. 
“Ini bukan isu bagus atau tidak, sebaliknya tunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa. Kita tengok dan lihat, berdasarkan senario sekarang banyak juga laporan rasuah dilaporkan (di Pulau Pinang) dan adakah CAT itu efektif,” soalnya.

Bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam membanteras rasuah, seharusnya mereka turut menyertai negeri lain di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan beberapa Kementerian yang sudahpun mengambil langkah pertama menandatangani Ikrar Bebas Rasuah tersebut.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment