DAP Perlu Pilih Untuk Patuh Arahan RoS Atau Lupakan Hasrat Tanding PRU14 - TPM


Kuala Lumpur: Parti DAP tidak akan layak bertanding pada Pilihan Raya Umum, PRU akan datang sekiranya mereka berdegil mematuhi arahan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, ROS supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, perkara berkenaan boleh berlaku kerana watikah pelantikan akan ditandatangani oleh Jawatankuasa ROS selari dengan Akta Pertubuhan 1966 yang menyebabkan calon DAP tidak dapat disahkan untuk bertanding.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menjalankan tugas Timbalan Presiden parti bercakap pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Gombak kali ke-23, ibu negara.

Semalam DAP dalam satu kenyataannya tidak mahu mengikut arahan ROS apabila bertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu atas alasan parti telah berbuat demikian, 29 September 2013.

Selain mempertikaikan arahan ROS itu, Setiausaha Agungnya yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan ROS hanya selepas menerima surat rasmi daripada jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung arahan mengenai pemilihan semula CEC.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment