DAP Perlu Betulkan Kepincangan Parti Sendiri Sebelum Jaja Berita Palsu Terhadap Kerajaan


KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Anggota DAP Liew Chin Tong sepatutnya memberi tumpuan bagi membetulkan kepincangan demokratik dalam partinya dan bukan sebaliknya menjaja berita palsu, memburuk-burukkan dan menyebarkan pembohongan mengenai kerajaan, kata setiausaha akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Beliau berkata Liew, selaku Anggota Parlimen Kluang pada hakikatnya perlu lebih prihatin terhadap masalah serius yang dihadapi partinya kerana DAP tidak pasti sama ada ia akan dibenarkan untuk menggunakan logo roket pada pilihan raya umum akan datang kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan.

"Ini kerana pemilihan parti DAP dikatakan dijalankan secara tidak demokratik dengan didalangi oleh 'Penang Official 1' dan bapanya mengekalkan pemerintahan diktator selama setengah abad ke atas DAP.

"Inji bermakna Setiausaha Agung DAP, Penang Official 1 (Lim Guan Eng), tidak mempunyai kuasa untuk memberi apa-apa arahan dalam parti kerana beliau tidak diiktiraf secara sah.

"Malah, seluruh kepimpinan DAP terancam dan boleh diisytiharkan haram kerana didakwa melakukan manipulasi dalam pemilihan parti," kata beliau dalam satu kenyataan malam tadi.

Tengku Sariffuddin juga berkata apa yang Liew dan rakan-rakannya boleh lakukan untuk parti ialah meminta Penang Official 1, yang menghadapi pertuduhan rasuah, supaya meletak jawatan, meminta penasihat parti Lim Kit Siang untuk bersara selepas kegagalan pemerintahan diktator selama setengah abad dan meminta naib pengerusi DAP Tan Seng Giaw, yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat daripada kepentingan peribadi, untuk mengambil alih kepimpinan parti.

"Kita kini berada di abad ke-21. Diktator adalah peninggalan masa lalu walaupun pembangkang mendakwa bahawa ia bercakap untuk demokrasi, sekarang bukan seorang tetapi dua orang diktator yang menerajui parti," kata beliau.

-- BERNAMA
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment