Bebaskan Anwar Dan Benarkan Dia Bertanding - Tun M


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 2 dekad lalu berkata bekas timbalan perdana menteri itu mesti dibebaskan dari penjara dan dibenarkan bertanding pilihan raya.

Bekas perdana menteri itu memberitahu akhbar Britain, The Guardian, yang Anwar “mangsa dendam politik” dan “diperlakukan secara tidak adil”.

“Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi pemerintah dan saya fikir kerajaan akan datang boleh meyakinkan Agong untuk mengampunkan Anwar.

“Jika begitu beliau boleh melibatkan diri dalam politik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak akan menolaknya,” kata Mahathir menurut laporan itu.

Anwar sedang menjalani tempoh penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan liwat.

Bekas ketua pembangkang itu, yang dilihat sebagai pengganti Dr Mahathir pada 1990-an, disingkirkan dari kerajaan dan timbalan presiden Umno pada 1998 atas dakwaan salah guna kuasa.

Ramai penyokong Anwar menuduh Dr Mahathir mendalangi pemenjaraan Anwar.

Dr Mahathir, yang sebelum ini berkata dalam politik tiada kawan dan musuh yang kekal, bagaimanapun berkata dirinya bukan jenis orang yang menaruh dendam terhadap musuh.

Beliau kini pengerusi PPBM, salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan. Tiga parti lain dalam pakatan pembangkang itu ialah DAP, PKR dan Amanah.

Pada April, Dr Mahathir berkata beliau tiada masalah untuk mengetuai usaha mendapatkan pengampuran diraja untuk Anwar jika pembangkang menang pilihan raya umum ke-14.

-FMT
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment