Bayi Bertali Pusat Ditinggalkan Di Hospital Taiping


Taiping: Seorang pengawal keselamatan di Hospital Taiping terkejut selepas menjumpai seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam sebuah beg lengkap berisi pakaian di lobi Hospital berkenaan malam sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah dalam satu kenyataan siang tadi memaklumkan pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian dari seorang lelaki berusia 52 tahun kira-kira jam 11.30 malam 30 Jun lalu.

Pemeriksaan mendapati bayi terbabit ditinggalkan di dalam sebuah beg di atas bangku di lobi hospital berkenaan.

Turut ditemui bersama bayi berkenaan lampin pakai buang, satu set pakaian bayi serta tuala. 

Bayi perempuan itu bagaimanapun dilaporkan sihat dan diserahkan kepada pihak hospital bagi penjagaan sementara.

Kes disiasat mengikut seksyen 317 kanun keseksaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
KONGSI KE GOOGLE+

About My Fokus Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komentar :

Post a Comment